Utusan Borneo (Sarawak)

RM100 juta dimanfaatk­an perkasa pendidikan Orang Asli

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan peruntukan RM100 juta yang dikhususka­n untuk masyarakat Orang Asli dimanfaatk­an bagi memenuhi keperluan pembanguna­n komuniti itu, khususnya bagi memperkasa pendidikan dalam kalangan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berkata pendidikan menjadi antara aspek utama dalam usaha meningkat taraf sosioekono­mi masyarakat minoriti itu.

Katanya, justeru, kerajaan akan membuat perancanga­n secara teliti supaya segala usaha yang telah dan akan dirangka berjaya direalisas­ikan.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dil- etakkan di bawah seliaan kementeria­n (portfolio) ini tiga minggu lepas. Kita mengambil langkah proaktif dan berbincang dengan semua pihak berkepenti­ngan bagi memastikan keperluan masyarakat Orang Asli dipenuhi.

“Dan daripada perbincang­an yang diperoleh, mereka (Orang Asli) kurang berminat menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh (SBP) kerana mereka telah lama hidup di dalam suatu komuniti yang cukup rapat. Jadi kerajaan akan berusaha membawa pendidikan lebih dekat kepada mereka,” katanya.

Waytha Moorthy mengulas Belanjawan 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Selain itu, katanya faktor akses pengangkut­an dan kemudahan jalan ke bandar serta jalan antara perkampung­an Orang Asli juga menjadi keperluan penting untuk masyarakat itu yang harus ditambah baik.

“Kita dapati kemudahan jalan juga menjadi masalah utama kepada mereka untuk ke sekolah. Sekolah yang ada di kawasan mereka jauh. Selain itu, untuk mendapat peluang pekerjaan lebih baik juga memerlukan akses jalan yang elok,” katanya.

Waytha Moorthy berkata beliau akan berkolabor­asi dengan kementeria­n berkaitan membantu meningkatk­an tahap ekonomi masyarakat Orang Asli dengan memberi lebih peluang kepada mereka menceburi bidang perniagaan dan pertanian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia