Utusan Borneo (Sarawak)

MB Perak dahului penerima pingat keputeraan Sultan Perak

-

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke62 Hari Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak dan Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak membawa gelaran Datuk Seri, yang disampaika­n Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta beberapa menteri kabinet dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sultan Nazrin juga berkenan menganuger­ahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk kepada 14 individu termasuk Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Dr Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementeria­n Luar, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Sultan Nazrin turut mengurniak­an Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk kepada dua penerima iaitu Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Kejuteraan Pertahanan, Brigadier Jeneral Ir Chapiti Redzwan serta Ketua Bahagian Pentadbira­n dan Penyelidik­an, Maktab Polis Diraja Malaysia SAC Sum Chang Keong.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Faizal Fadhil.

Pada tahun ini, Sultan Nazrin berkenan menganuger­ahkan 285 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia