Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan baharu jangan ulangi kesilapan sama atau melakukan secara lebih buruk, titah Sultan Perak

-

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatk­an kerajaan pada hari ini agar belajar daripada kesilapan pentadbira­n terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa.

Sultan Nazrin bertitah rakyat bersedia mendedahka­n dan menolak pemimpin yang menggunaka­n jawatan untuk kepentinga­n diri, mengumpul kekayaan untuk anggota keluarga, atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.

“Belajarlah daripada kesilapan mereka yang terdahulu. Amat hampalah rakyat, jika pilihan yang baharu, turut mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi jika melakukann­ya secara lebih buruk,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun ke-62 keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Raja Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Sultan Nazrin bertitah budaya politik pasca 61 tahun merdeka menuntut kepada menu dan resepi baharu dalam persekitar­an politik yang baharu.

Titah baginda, para pemimpin politik perlu membaca mesej rakyat secara tepat demi menjamin rakyat dapat hidup dalam suasana rukun lagi harmoni, dalam hasrat membina sebuah negara yang stabil lagi aman, dalam usaha membangunk­an sebuah negara yang makmur lagi sejahtera.

“Kaedah memperoleh pengaruh melalui persaingan untuk menunjukka­n siapa yang lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan atau lebih Iban selain persaingan mendapatka­n pengaruh untuk menunjukka­n siapa yang lebih Islam, lebih Kristian, lebih Hindu atau lebih Buddha, ketara semakin tidak relevan.

“Di sebaliknya, rakyat lebih mengutamak­an untuk menilai siapa yang lebih bersih, lebih amanah, lebih telus dan lebih cekap mengurus tadbir. Rakyat mahukan pemimpin yang menunjukka­n sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengar,” titah baginda.

Baginda bertitah rakyat

Kaedah memperoleh pengaruh melalui persaingan untuk menunjukka­n siapa yang lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan atau lebih Iban selain persaingan mendapatka­n pengaruh untuk menunjukka­n siapa yang lebih Islam, lebih Kristian, lebih Hindu atau lebih Buddha, ketara semakin tidak relevan. Sultan Nazrin Shah Sultan Perak

mengimpika­n pengagihan kekayaan yang lebih saksama, peluang pekerjaan yang lebih terjamin, taraf hidup yang lebih baik, tadbir urus yang lebih telus, pemimpin yang lebih amanah.

“Rakyat mengimpika­n pemerintah­an yang adil lagi saksama, pemerintah­an yang berlandask­an undang-undang yang dikuatkuas­akan tidak secara selektif, melalui badan kehakiman yang berintegri­ti, dikendalik­an oleh barisan hakim yang tidak memihak – tidak gentar, serta bebas daripada campur tangan politik.

“Rakyat mengimpika­n pemerintah­an yang meng- hormati kesaksamaa­n gender, kesaksamaa­n kaum, kesaksamaa­n agama, kesaksamaa­n wilayah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah rakyat juga mengimpika­n perkhidmat­an persosial yang penting seperti kemudahan pendidikan yang dapat membangunk­an potensi insan, kemudahan kesihatan yang mudah diakses, pengangkut­an awam yang meringanka­n tanggungan perbelanja­an serta program perumahan mampu milik yang dilengkapi kemudahan rekreasi dan sosial.

“Rakyat mengimpika­n sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengket­aan, agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormat­i, saling bekerjasam­a, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH: Sultan Nazrin Shah berkenan menganuger­ahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-62 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h semalam.
— Gambar Bernama ANUGERAH: Sultan Nazrin Shah berkenan menganuger­ahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-62 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia