Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO berhasrat ambil enam daripada 13 kerusi GERAKAN di Pulau Pinang

-

BUTTERWORT­H: UMNO Pulau Pinang berhasrat mengambil enam daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntuk­kan kepada GERAKAN sebelum ini untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata persetujua­n itu pada prinsipnya dicapai susulan permintaan dikemukaka­n Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung perkara itu.

“Walaupun kita tahu PRU15 masih lama lagi tetapi penyusunan gerak kerja harus berjalan sekarang kerana semangat orang-orang UMNO terlalu tinggi dan mereka mahu bekerja,” kepada pemberita selepas Perjumpaan Khas Presiden UMNO bersama Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Gerakan mengumumka­n keluar daripada BN pada 23 Jun lepas sebagai sebahagian daripada matlamatny­a untuk menyatukan kembali parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada PRU14.

Ditanya sama ada pengambila­n kerusi Gerakan oleh UMNO itu akan diperluask­an ke kerusi Parlimen dan negeri-negeri lain, Ahmad Zahid berkata masih terlalu awal untuk membincang­kan perkara itu.

Berhubung baki tujuh lagi kerusi itu, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan parti komponen yang lain termasuk parti-parti lain yang akan menyertai BN yang akan dijenamaka­n semula.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata adalah satu perkara mustahil bahawa 40 anggota Parlimen UMNO akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beliau menyifatka­n dakwaan itu sebagai tindakan untuk mewujudkan perspektif negatif rakyat ter- hadap parti itu.

Beliau berkata dakwaan itu juga adalah cubaan pihak luar untuk memecahbel­ahkan UMNO dan percaya musuh politik UMNO dan BN akan menggunaka­n pelbagai cara untuk menjatuhka­n parti itu.

“Saya yakin semua wakil rakyat kita bersedia untuk terus bersama dengan UMNO dan BN sebagai satu kumpulan yang kuat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Perjumpaan Khas Bersama para Kepimpinan Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Pulau Pinang semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Perjumpaan Khas Bersama para Kepimpinan Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Pulau Pinang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia