Utusan Borneo (Sarawak)

PH Johor tubuh majlis setiausaha bagi melicinkan gerak kerja

-

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menubuhkan sebuah Majlis Setiausaha yang berfungsi sebagai sekretaria­t bagi melicinkan gerak kerja PH di negeri ini.

PH Johor menerusi kenyataan di sini semalam berkata penubuhan Majlis Setiausaha itu diputuskan dalam mesyuarat PH Johor, di sini, 29 Okt lepas.

“Majlis Setiausaha tersebut akan diwakili oleh beberapa pimpinan dari setiap parti komponen. Majlis ini akan berfungsi sebagai sekretaria­t bagi melicinkan gerak kerja PH dan memperkema­skan lagi struktur pentadbira­n PH di negeri ini,” menurut kenyataan itu.

PH Johor menerusi mesyuarat tersebut turut mengambil beberapa ketetapan atas semangat mereformas­i sistem pentadbira­n dan politik negeri ini antaranya serius menjadikan parti-parti komponenny­a sebagai parti yang berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia merentasi kaum, bangsa, bahasa, agama mahupun budaya.

Menurut kenyataan tersebut, dalam hal pelantikan Anggota Majlis di negeri ini, PH Johor mengulangi penegasan bahawa setiap parti hendaklah seboleh mungkin mengemukak­an calon-calon pelbagai bangsa.

“PH Johor tidak mahu menjadi BN 2.0 yang menjadikan tugas menjaga rakyat mengikut bangsa diekslusif­kan kepada parti-parti tertentu sahaja.

“Sebaliknya, PH Johor melihat bahawa tugas membela rakyat adalah tanggungja­wab bersama dan ia merupakan suatu amanah yang besar bagi memenuhi hak serta keperluan rakyat untuk hidup dengan sempurna, sejahtera dan bermaruah dalam negeri dan negara yang merdeka,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia