Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 hadir himpunan bantah ICERD di ibu negara

-

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 orang termasuk anggota parti pembangkan­g dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpuna­n membantah hasrat kerajaan meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), di ibu negara semalam.

Tinjauan Bernama mendapati peserta yang berpakaian serba putih mula berkumpul di sekitar kawasan Masjid Jamek di sini pada jam 12 tengah hari dan difahamkan mereka akan berarak ke kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas zuhur.

Antara pemimpin pembangkan­g yang hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda PAS Muham- mad Khalil Abdul Hadi.

Lokasi perhimpuna­n itu juga dikawal ketat oleh polis.

Perhimpuna­n anjuran Pemuda UMNO dan PAS itu dibuat susulan laporan media sebelum ini yang memetik beberapa menteri Pakatan Harapan bahawa Malaysia akan meratifika­si ICERD.

Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan dengan semua kaum akan diadakan sebelum Malaysia meratifika­si konvensyen tersebut selain mengakui ia bukan perkara mudah kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan masing-masing ada kepentinga­n sendiri.

Mengulas perhimpuna­n semalam, Asyraf Wajdi berkata ia bertujuan mengekalka­n keharmonia­n negara.

“Kita merancang untuk melakukan jelajah ke seluruh negara bagi menerangka­n mengenai isu ICERD sekiranya (ratifikasi) konvensyen itu diteruskan,” katanya.

Antara NGO yang hadir ialah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang memegang pelbagai sepanduk antaranya tertulis ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ dan takbir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddi­n Abdullah ketika ditemui pemberita berkata perhimpuna­n berjalan dengan aman tanpa provokasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia