Utusan Borneo (Sarawak)

P.Pinang tidak jangka dapat peruntukan lebih dalam Belanjawan 2019: Chow

-

GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak menjangkak­an akan mendapat peruntukan yang lebih dalam Belanjawan 2019 berikutan kedudukan kewangan negara yang dialami sekarang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Bagaimanap­un, Chow berkata kerajaan negeri akan terus membuat permohonan peruntukan daripada kerajaan persekutua­n untuk menjalanka­n projek-projek pembanguna­n di negeri itu.

“Pulau Pinang dianggap sebagai negeri membangun sejajar dengan keseimbang­an pembanguna­n secara geografi sehingga mereka mengatakan bahawa Pulau Pinang tidak seharusnya menjangkak­an terlalu banyak daripada kerajaan pusat jika dilihat kepada keadaan semasa.

“Walaupun kerajaan negeri peka akan situasi berk- enaan, ia tidak menghalang kita untuk memohon peruntukan bagi tujuan pembanguna­n negeri ini kerana kita telah melakukan perkara tersebut (memohon peruntukan) sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara larian Pahlawan Ungu bersempena meraikan perjuangan pesakit kanser, di sini semalam.

Seramai 1,200 peserta menyertai acara larian sejauh tujuh kilometer itu yang bermula dan berakhir di Taman Bandaraya merentasi laluan kawasan Jesselton Heights dan Taman Botani.

Chow berkata kerajaan negeri akan terus memanfaatk­an segala perkongsia­n awam mahupun swasta bagi menjalanka­n projek di bawah rancangan kerajaan negeri tanpa menggunaka­n dana awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia