Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan pertama Leicester ‘Untuk Vichai’ Lacazette pastikan Arsenal seri 1-1 dengan Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas Marquez ungguli MotoGP Malaysia, Rossi terbabas di Litar Sepang

-

LONDON, England: Leicester City memberikan penghormat­an penuh emosi kepada Vichai Srivaddhan­aprabha ketika kelab menang 1-0 di Cardiff ekoran kematian tragik pemilik kelab itu sementara gol penyamaan lewat Alexandre Lacazette memastikan Arsenal seri 1-1 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Vichai adalah salah seorang dari lima orang yang maut apabila helikopter yang dinaikinya terhempas di luar Stadium King Power minggu lepas.

Dengan majlis pengebumia­n Vichai sedang berjalan di negara asal Vichai di Bangkok, Thailand, Leicester bertandang ke Cardiff untuk satu perlawanan yang dilihat sebagai satu peluang untuk memberikan penghormat­an terakhir kepada pemilik kelab ketika proses pemulihan bermula.

Ketika keputusan mungkin tidak mempunyai kaitan dengan kemalangan, ia adalah amat sesuai di mana Leicester mencipta kemenangan pada perlawanan pertama sejak kematian Vichai hasil gol tunggal perlawanan oleh Demarai Gray dalam separuh masa kedua.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel paling terjejas dengan tragedi itu berbanding pemain lain kerana beliau sendiri melihat kesan kemalangan tidak lama selepas helikopter itu terhempas di kawasan parkir kereta di luar stadium.

“Saya berasa bangga. Ia merupakan minggu yang sukar untuk semua orang. Cara semua orang di kelab menangani diri mereka sendiri adalah satu bukti kepada apa yang dibina oleh keluarga Vichai,” kata Schmeichel.

“Ia amat-amat bermakna. Ia adalah hari penuh emosi dan kami gembira kerana kami mengutip tiga mata untuk beliau

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang keluarga beliau alami sekarang. Kami melakukann­ya untuk beliau dan keluargany­a.”

Pemain Leicester memakai kemeja T putih dengan gambar Vichai dengan tulisan “The Boss” di bahagian hadapan semasa sesi memanas badan.

Tafakur seminit dilakukan sebelum sepak mula perlawanan dengan kalungan bunga di tengah padang dan gambar Vichai kelihatan di papan iklan di belakang pintu gol.

Pemain dan kakitangan Leicester berpeluk dalam bulatan tengah padang untuk memberikan penghormat­an itu dengan Schmeichel gagal menahan sebak.

Skuad kendalian Claude Puel, bermain dengan keazaman walaupun minggu yang sukar, akhirnya membuka jaringan pada minit ke-55 apabila Gray menyempurn­akan umpanan Ben Chilwell sebelum meraikan gol dengan mengangkat jersi untuk mendedahka­n kemeja T dengan tulisan “Untuk Vichai”.

Pemain Leicester berpelukan bersama untuk meraikan kemenangan pada akhir perlawanan, dengan ramai di antara mereka akan berlepas ke Thailand untuk menghadiri pengebumia­n Vichai selepas perlawanan itu.

Pada hari lain, perlawanan melibatkan kebangkita­n semula Arsenal dan impian kejuaraan Liverpool pastinya mendapat lebih banyak perhatian berbanding Leicester.

Perlawanan di Stadium Emirates terbukti satu perlawanan klasik ketika Arsenal menunjukka­n mereka mampu untuk memberikan saingan di kelompok teratas liga selepas bertahun-tahun berstatus pasukan hambar.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Unai Emery ketinggala­n 0-1 apabila James Milner menjaringk­an gol pada minit ke-61.

Tetapi Arsenal mengekalka­n rekod tanpa kalah sebanyak 14 perlawanan dalam semua pertanding­an apabila Lacazette mengikat kedudukan pada minit ke-82.

“Saya hanya 50 peratus gembira kerana kami mahukan kemenangan. Keseimbang­an permainan adalah bagus dari segi kepantasan dan kesungguha­n. Mungkin kami selayaknya lebih lagi dari ini,” kata Emery.

Liverpool, tanpa kalah dalam 11 perlawanan liga musim ini, kembali ke tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata berbanding Manchester City, yang boleh merampas kembali tangga teratas liga jika menewaskan Southampto­n pada perlawanan lewat.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menambah: “Mereka mempunyai beberapa peluang. Mereka beraksi dengan baik ketika ini.

“Kami selayaknya satu mata dan kami mungkin boleh mendapat tiga mata jika kami menyempurn­akan peluang yang ada.”

Di Dean Court, gol minit kecederaan Marcus Rashford membolehka­n Manchester United bangkit untuk menang 2-1 ke atas Bournemout­h.

Callum Wilson membuka jaringam untuk Bournemout­h pada minit ke- 11 tetapi Anthony Martial mengikat kedudukan pada minit ke-35 ketika United terselamat beberapa penyudah hambar pasukan tuan rumah.

Ia adalah kemenangan ketiga United dari empat perlawanan liga terakhir tetapi pengurus kelab, Jose Mourinho berang dengan permulaan hambar pasukannya.

“Kami begitu teruk di bahagian pertahanan. Separuh masa pertama adalah satu malapetaka tetapi kami bermain lebih baik dalam separuh masa kedua,” kata Mourinho. — AFP SEPANG, Malaysia: Juara dunia, Marc Marquez, memenangi perlumbaan MotoGP Ahad lepas walaupun bermula di petak ketujuh selepas didenda dan berjaya memintas Valentino Rossi yang terbabas ketika mendahului perlumbaan.

Pelumba Suzuki, Alex Rins, menduduki tempat kedua selepas memintas pelumba Yamaha, Johann Zarco, yang menamatkan saingan di tempat ketiga di pusingan terakhir perlumbaan di Litar Sepang.

Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 selepas terbabas pada pusingan ke16 dan hilang pendahulua­n perlumbaan kepada Marquez, yang disahkan juara dunia semasa perlumbaan di Jepun bulan lepas.

Rossi, yang bermula di barisan kedua, kelihatan akan memenangi perlumbaan pertamanya pada Grand Prix Malaysia sejak 2010 apabila menguasai awal perlumbaan tetapi Marquez, yang sebenarnya menduduki petak pertama semasa ujian masa kelayakan tetapi didenda tolak enam anak tangga kerana mengganggu pelumba lain semasa ujian masa, berjaya bangkit bergaya.

Beliau berjaya merapatkan kedudukan sehingga ke kedudukan kedua dan menghampir­i Rossi ketika Rossi terbabas semasa memasuki selekoh.

Beliau berjaya meneruskan perlumbaan tetapi peluang mengutip mata hilang dari genggaman.

“Permulaan saya tidak begitu bagus tetapi kemudian saya mula memintas pelumba lain,” kata Marquez.

“Saya semakin selesa dan merasakan saya dapat mengejar (Rossi),” — AFP

Saya berasa bangga. Ia merupakan minggu yang sukar untuk semua orang. Cara semua orang di kelab menangani diri mereka sendiri adalah satu bukti kepada apa yang dibina oleh

Vichai. ” keluarga Kasper Schmeichel Penjaga gol Leicester City

 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Gray (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan liga di Cardiff Sabtu lepas.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Gray (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan liga di Cardiff Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia