Utusan Borneo (Sarawak)

Henry terus ‘buntu’, Monaco tewas 0-1 di Reims

-

PARIS, Perancis: Thierry Henry masih menanti kemenangan pertama beliau sejak menjadi jurulatih Monaco selepas pasukannya tewas buat kali ketujuh dalam Ligue 1 Perancis apabila tewas 0-1 di Reims Sabtu lepas.

Penyudah cantik Mathieu Cafaro minit ke- 24 memastikan tiga mata penuh buat Reims dan menyebabka­n Henry masih tanpa kemenangan dari empat perlawanan sejak dilantik sebagai jurulatih Monaco.

Kedua- dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Alaixys Romao dilayangka­n kad merah kerana kekasaran ke atas Youssef Ait Bennasser sebelum pemain Monaco, Pele, dibuang padang selepas menerima dua kad kuning.

“Ia bukan tentang taktik malam ini. Keazaman pemain tiada,” kata Henry. “Reims menang saingan dalam padang dan apabila anda tidak memenangi saingan, anda tidak mampu memenangi apa jua peringkat atau liga bola sepak.”

Monaco, yang memenangi kejuaraan Ligue 1 pada 2017, masih kekal di tangga kedua dari bawah liga selepas satu tempoh membimbang­kan dengan hanya satu kemenangan dalam semua pertanding­an musim ini.

Mereka akan jatuh ke tangga terbawah liga jika Guingamp, yang belum tewas dari lima perlawanan terakhir, mengelak kekalahan di Nantes pada perlawanan lewat.

“Ia lebih membimbang­kan dari kekalahan di Strasbourg,” tambah Henry ketika merujuk kekalahan 1-2 pada perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih.

“Permainan hambar, tiada banyak peluang dan kalah dalam saingan satu lawan satu. Kami mempunyai peluang apabila mereka hilang seorang pemain tetapi kemudian kami mensia-siakan peluang apabila hilang seorang pemain.”

Henry akan mengalihka­n perhatian kepada kempen Liga Juara-Juara, yang juga tidak memberangs­angkan buat Monaco, dengan peluang terakhir untuk mengembali­kan impian kelayakan ke pusingan kedua apabila menanti kunjungan Club Brugge Selasa ini.

Pada perlawanan lain, kapten Lyon, Nabil Fekir, memulakan kepulangan selepas sebulan berehat kerana kecederaan ketika pasukannya seri 1-1 dengan Bordeaux di tempat sendiri.

Houssem Aouar membuka jaringan buat Lyon dari umpanan Lyon pada minit akhir sebelum rehat tetapi Bordeaux mengikat kedudukan pada minit ke73 menerusi gol Andreas Cornelius.

Nimes menamatkan sembilan perlawanan tanpa menang apabila membelasah Dijon 4-0 sementara Nice menewaskan Amiens 1- 0 menerusi gol sendiri Price- Desir Gouano. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia