Utusan Borneo (Sarawak)

Stones, Laporte akan kuasai lawan untuk tempoh yang lama: Guardiola

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, percaya gandingan pertahanan tengah kelabnya, John Stones dan Aymeric Laporte, boleh menguasai Liga Perdana Inggeris untuk bertahun-tahun akan datang.

Laporte, 24, menyerlah pada musim ini ketika City mengekalka­n rekod tanpa kalah liga menjelang perlawanan lewat menentang Southampto­n.

Dalam beberapa minggu yang lalu, beliau membentuk gandingan kental bersama Stones, yang juga berusia 24 tahun, dengan pertahanan City banyak bolos tiga gol dari 10 perlawanan pertama – rekod terbaik dalam Liga Perdana.

Apabila dicampur dengan dua perlawanan Piala Liga dan Piala Perisai Komuniti, City hanya bolos tiga gol dari 13 perlawanan domestik musim ini.

Dalam sejarah Liga Perdana, hanya skuad Chelsea musim 2004/2005 yang bolos dua gol sebelum hanya bolos 15 gol di akhir musim ini rekod pertahanan terbaik.

Guardiola percaya dengan pemain veteran, Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi memberikan sokongan dan saingan, gandingan Stones-Laporte akan menguasai lawan untuk tempoh yang lama.

“Ia adalah idea kelab, kelab mengekalka­n dua pemain ini untuk jangka panjang,” kata Guardiola. “Tetapi kami masih mempunyai banyak kepercayaa­n kepada Vincent dan Nico dan mereka harus menyedari mereka harus bersaing sesama mereka.

“Kami tidak dapat bertahan sepanjang musim dengan hanya dua pemain, ia mustahil. Kami sedar kecederaan boleh berlaku dan sekarang saya benar-benar gembira Laporte berada pada tahap yang bagus dan mungkin prestasi beliau juga akan menurun suatu hari nanti.”

Guardiola berkata saingan dalam pasukan adalah penting untuk mengelak pemain hilang fokus. — AFP MILAN, Itali: Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri memuji kepimpinan Cristiano Ronaldo ketika pasukannya menewaskan Cagliari 3- 1 untuk kemenangan ke- 10 dari 11 perlawanan dan mengekalka­n kelebihan enam mata di singahsana Serie A Itali Sabtu lepas.

Paulo Dybala membuka jaringan seawal 44 saat permainan sebelum gol sendiri Filip Bradaric memberikan gol kedua Juventus pada minit ke- 39, dua minit selepas Joao Pedro mengikat kedudukan buat Cagliari.

Ronaldo gagal menambah koleksi tujuh gol liga bersama Juv e n t u s a p a - bil a r e m b a t a n n y a terkena palang sebelum menentang bekas kelabnya, Manchester United dalam aksi Liga Juara- Juara minggu ini. Tetapi umpanan beliau disempurna­kan Juan Cuadrado untuk gol ketiga, tiga minit sebelum tamat permainan. “Beliau sentiasa seorang pemimpin dan pemain yang luar biasa, seperti y a n g anda lihat dari u m p a n a n kepada gol C u a d r a - do,” kata Allegri. “I n i adalah pemain yang boleh menentukan perlawa- nan, pemain yang sentiasa mempunyai umpanan atau gol yang hebat.”

Juventus mengumpul 31 mata dari 11 perlawanan, dengan Inter dan Napoli masing-masing mengumpul 25 mata.

Ia adalah permulaan terbaik dalam satu musim buat Juventus, yang seri ketika menentang Genoa.

Pada perlawanan awal, Inter Milan membelasah Genoa 5- 0 untuk merampas kembali tangga kedua liga – dengan perbezaan gol – berbanding Napoli, yang membelasah Empoli 5- 1 pada perlawanan hari Jumaat dan mengekalka­n tekanan ke atas Juventus.

Tetapi Allegri menegaskan: “Ini tidak cukup bagus. Kami harus bertahan lebih baik. Kami bolos begitu banyak gol dan hampir menghadiah­kan gol penyamaan pada minit ke- 85.

“Walaupun selepas gol pertama, kami tidak mampu menambah gol dengan cepat dan hilang sedikit rentak. Kami tidak boleh sentiasa menjangkak­an kami akan menjaringk­an dua atau tiga gol.”

AS Roma memerlukan gol penyamaan lewat Alessandro Florenzi untuk seri 1- 1 di Fiorentina selepas Jordan Veretout membuka jaringan dari satu tendangan penalti dalam separuh masa pertama.

Keputusan seri i tu mengekalka­n kedua- dua pasukan yang bersaing satu tempat di Eropah di kedudukan yang sama sebelum perlawanan dengan Fiorentina di tangga keenam dan hanya berada di hadapan Roma dengan perbezaan gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CETUS INSPIRASI: Ronaldo (kiri) melepaskan rembatan yang cuba di halang oleh pemain Cagliari ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP CETUS INSPIRASI: Ronaldo (kiri) melepaskan rembatan yang cuba di halang oleh pemain Cagliari ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Sabtu lepas.
 ??  ?? ALLEGRI
ALLEGRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia