Utusan Borneo (Sarawak)

Pelumba negara, Adam pamer aksi bertenaga namun nasib tidak menyebelah­inya apabila terbabas

-

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Jorge Martin muncul juara dunia kelas Moto3 selepas mengunggul­i Grand Prix Malaysia di Litar Sepang di sini semalam.

Martin mempamerka­n tunggangan jitu mengetepik­an pencabarny­a, Marco Bezzecchi dari Redox Pruestel GP dalam perlumbaan sengit turut menyaksika­n Bezzecchi menamatkan saingan musim ini di tempat kelima.

Bermula dari petak pertama, pelumba Sepanyol itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 38 minit dan 34.799 saat.

“Rasa begitu menakjubka­n dapat menjuarai kejohanan ini. Perlumbaan ini amat sukar dan sengit. Saya lakukan segala terdaya untuk menjarakka­n diri,” kata pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan saingan musim lalu di tangga keempat.

Kemenangan di Litar Sepang ini adalah yang ketujuh buat beliau musim ini.

Dua pelumba Italian Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta dan Enea Bastianini menguasai tempat kedua dan ketiga masing-masing dengan catatan masa 38:38.355s dan 38:38.556s.

Pelumba Malaysia, Adam Norrodin dari Petronas Sprinta Racing memulakan perlumbaan dari laluan pit mempamerka­n tunggangan bertenaga menempatka­n diri dalam kumpulan utama namun nasib tidak menyebelah­inya apabila terbabas di selekoh terakhir ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Beliau mencatatka­n masa 1:37.387s.

Sementara itu, Juara Dunia MotoGP 2018, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Team muncul juara Grand Prix Motosikal Malaysia.

Pelumba Sepanyol itu mencatatka­n masa 40 minit dan 32.372s.

Tempat kedua ialah rakan senegarany­a, Alex Rins dari pasukan Team Suzuki Ecstar dengan catatan masa 40:34.270s manakala pelumba Perancis, Johann Zarco dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 di tempat ketiga dengan masa 40:34.846s.

Rakan sepasukan Zarco, Hafizh Syahrin dari Malaysia menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan catatan masa 40:59.291s.

Pasukan SKY Racing Team meraikan kejayaan berganda di Litar Sepang semalam menerusi dua penunggang mereka, Luca Marini dan Francesco Bagnaia.

Marini memenangi perlumbaan kelas Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 dengan catatan masa 38 minit dan 25.689s, manakala Bagnia dinobatkan juara Kejohanan Dunia Moto2 di sebalik menamatkan perlumbaan tempat ketiga dengan catatan masa 38:28.709s.

“Pasukan melakukan tugas cemerlang tahun ini. Kami mencuba di Phillip Island tetapi tidak berjaya melakukann­ya.

“Tetapi, di sini ia berhasil,” kata Bagnaia berhubung gelaran kejohanan dunia julung kali dimenangin­ya itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HEBAT: Martin (tengah) menjulang trofi kejuaraan selepas menamatkan perlumbaan kelas Moto3 pada Grand Prix Malaysia 2018 di Litar Antarabang­sa Sepang semalam.
— Gambar Bernama HEBAT: Martin (tengah) menjulang trofi kejuaraan selepas menamatkan perlumbaan kelas Moto3 pada Grand Prix Malaysia 2018 di Litar Antarabang­sa Sepang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia