Utusan Borneo (Sarawak)

Saya kembali semula dengan kejayaan di Sepang, ikrar Adam

-

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berazam kembali semula ke Litar Antarabang­sa Sepang ( SIC) dengan kejayaan menaiki podium selepas menduduki tempat ke- 23 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 semalam.

Adam, 20, mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing musim ini akan menyertai Kejuaraan Remaja di Sepanyol ( CEV) dalam kelas Moto2 bermula musim 2019.

Anak muda itu menamatkan perlumbaan semalam dengan catatan masa 40 minit 12.186s, berkata beliau telah memberikan yang terbaik dalam keadaan dirinya agak keletihan.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana bagi saya semangat dan kemampuan lagi untuk berlumba kerana sejujurnya saya memang tidak larat. Semalam ( kelmarin) adalah hari yang sukar buat saya dan ditambah lagi terpaksa bermula dari laluan pit.

“Banyak kali saya hampir ke podium... kali ini saya benar- benar berusaha dan tidak kisah apa bakal berlaku. Tinggal lagi tiga pusingan saya sudah tidak dapat rasakan tangan kiri saya sebab dari awal lagi saya sudah memberi tenaga sepenuh dan akhirnya saya tidak jangka terbabas,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.

Pada perlumbaan semalam, anak muda kelahiran Johor itu memiliki peluang menaiki podium apabila beliau yang memulakan perlumbaan di laluan pit menampilka­n tunggangan jitu untuk mengejar sehingga pada satu ketika berjaya berada di tempat ketujuh.

Bagaimanap­un pada pusingan ke- 15, Adam berada di tempat ke- 13 terbabas setelah gagal mengawal jenteranya sebelum dibenarkan berlumba semula sekali gus menutup peluangnya menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik.

“Saya harap pada masa akan datang saya dapat pergi ke podium. Saya tidak akan menyerah kalah. Satu hari saya akan datang semula ke sini untuk capai apa yang selama ini saya inginkan,” ikrarnya.

Sementara itu, Jorge Martin dari pasukan Del Conca Gresini Moto3 memulakan perlumbaan di petak pertama mengunggul­i saingan Moto3 sekali gus meraih kejuaraan dunia sulungnya.

Sementara itu, dua penunggang Itali dari pasukan Leopard Racing, Lorenzo Dalla Porta dan Enea Bastianini masing- masing berpuas hati di tempat kedua dan ketiga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia