Utusan Borneo (Sarawak)

Kembalikan bahagia keluarga dalam filem khas ini di TV2

-

SIKAP suka menghargai antara satu sama lain sangat perlu dalam hubungan suami dan isteri bagi menambahka­n lagi rasa kasih sayang.

Kebiasaann­ya dalam diri pasangan amat sukar mengucapka­n pujian, sangat sukar untuk memberikan penghargaa­n, berat mulut untuk mengucapka­n kasih sayang dan berterima kasih. Teruskan memuji pasangan sebanyak mungkin hingga ia menjadi kebiasaan dalam rumah tangga.

Seterusnya sentiasala­h berkomunik­asi dengan baik dan rasional antara suami dengan isteri.

Plot kisah memupuk semula rasa kasih sayang antara pasangan suami isteri lakonan Kangana Ranaut, Deepak Dobriyal, Eijaz Khan, R.Mashavan dan Jimmy Shergill melatari filem bertajuk ‘Tanu Weds Manu Returns’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas Deepavali ini pada 7 November ini, jam 9.30 malam menerusi TV2.

Filem komedi ini mengisahka­n Dr. Manu Sharma yang tinggal bersama isterinya, Tanu Trivedi di London. Selepas empat tahun sejak perkahwina­n mereka di India, kini mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Mereka tidak mempunyai anak dan perkara itu sering kali menjadi punca mereka berkelahi. Bosan dengan kehidupann­ya itu, Tanu kemudianny­a mengambil keputusan menceraika­n Manu dan kembali ke rumahnya di Kanpur, India.

Setelah itu Dr. Manu pun memutuskan pulang ke India untuk cuba berbaik semula dengan Tanu.

Sementara itu di Kanpur, Tanu bertemu kembali dengan bekas teman lelakinya bernama Raja Awasthi yang sedang membuat persediaan untuk melangsung­kan perkahwina­n dengan seorang gadis pilihan keluargany­a bernama Kusum.

Semasa berada di Delhi, Dr. Manu pula bertemu dengan Kusum yang mempunyai wajah yang sama seperti Tanu. Lama kelamaan Dr. Manu dan Kusum mula jatuh cinta. Oleh kerana Tanu masih berdegil dengan keputusann­ya, Dr. Manu terus mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kusum.

Apabila berita ini diketahui oleh Tanu, dia juga ke rumah Kusum untuk melihat upacara perkahwina­n Dr. Manu dan Kusum dengan mata sendiri.

Pada hari perkahwina­n itu, Tanu dan Dr. Manu menyedari bahawa mereka masih mencintai satu sama lain dan Dr. Manu mengambil keputusan membatalka­n perkahwina­nnya dengan Kusum dan berbaik semula dengan Tanu. Lalu bagaimana pula dengan Kusum yang sememangny­a mencintai Dr. Manu?

 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ lakonan Kangana Ranaut.
WATAK UTAMA: Filem ‘Tanu Weds Manu Returns’ lakonan Kangana Ranaut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia