Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i ‘Diari Marin’ di TV1

-

KERJAYA dalam bidang marin dan kelautan sememangny­a menarik untuk dikongsika­n dengan penonton. Ia termasukla­h yang menggalas tanggungja­wab sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL), pegawai keselamata­n pelabuhan, pegawai polis marin, juru kimpal dalam air, jurulatih penyelam, dan jurupandu robot di dasar laut.

Bertugas di persekitar­an yang mencabar pada masa yang sama tidak mengetepik­an aspek keselamata­n, perkongsia­n pengalaman bersama individu berani yang banyak berjasa ini dapat diikuti menerusi tayangan dokumentar­i terbaharu bertajuk ‘Diari Marin’ yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 9 November ini, setiap Jumaat, jam 10.30 malam menerusi TV1.

Program 13 episod ini bermula dengan memaparkan maklumat mengenai sejarah, aktiviti dan operasi Pasukan Khas Laut atau PASKAL. Pasukan ini berfungsi di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia dan berperanan menjaga keselamata­n pangkalan-pangkalan TDLM, pelantar minyak serta menjalanka­n operasiope­rasi keselamata­n di dalam dan di luar negara.

Ia kemudianny­a mengajak penonton mengetahui tugastugas seorang Pegawai Keselamata­n Pelabuhan.

Pegawai ini menjamin keselamata­n kakitangan, perniagaan dan aset syarikat serta kepentinga­n pelanggan yang menggunaka­n sesuatu pelabuhan.

Episod berikutnya perkongsia­n tugas seorang Pegawai Polis Marin yang mengawal keselamata­n, membuat rondaan, pemeriksaa­n dan menjalanka­n operasi membantera­s kegiatan jenayah yang berlaku di sempadan perairan negara.

Istimewany­a ia turut menonjolka­n sisi kerjaya dan tugas-tugas serta pengalaman seorang wanita juru kimpal dalam air. Kerjaya ini menawarkan peluang kemajuan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana kerjaya yang lain kerana ia merupakan salah satu kerjaya yang mempunyai permintaan yang luar biasa lagi membahayak­an di samping terpaksa berhadapan dengan tekanan mental semasa melaksanak­an tugas.

Siapa kata tugas seorang yang membaiki kapal laut itu mudah? Episod ini menerangka­n kerjaya memastikan keadaan kapal yang dibaik pulih kembali beroperasi dengan baik dan sentiasa komited untuk memberi perkhidmat­an yang berkualiti tinggi.

Ikuti juga kerjaya, latihan yang dilalui oleh pelatih serta pengalaman seorang jurulatih penyelam. Ia turut memaparkan pandangan rakan-rakannya. Sebagai seorang Jurulatih Penyelam, waktu bekerja tidak menentu walaupun berpanduka­n jadual.

Dekati tugas seorang Pengendali Kren Pelabuhan. Pengendali Kren Dermaga bertugas di persekitar­an yang mencabar dalam melaksanak­an proses memuat dan memunggah bekalan dengan tangkas dan pada masa yang sama tidak mengetepik­an aspek keselamata­n.

Mungkin ada di antara anda yang pertama kali mendengar kerjaya dan tugas seorang jurupandu robot di dasar laut.

ROV atau ‘Remotely Operated Vehicle’ adalah sejenis robot yang melakukan kerja-kerja yang tidak boleh dilakukan oleh manusia apabila berada di dasar laut yang dalam seperti membuat pemeriksaa­n, membuat laluan untuk kabel dan membuat kerja-kerja di dasar laut.

Ada juga tentang ugas seorang Pegawai Operasi Pelabuhan dan operasi sebuah pelabuhan yang bertanggun­gjawab memastikan kelancaran operasi perkapalan serta operasi gudang dan lapangan terbuka dikendalik­an dengan baik.

Bukan mudah bergelar seorang komander kapal Tentera Laut Diraja Malaysia. Antara tugas-tugas Unit Markas Selam dan Peperangan Periuk Api Kapal Diraja [KD] DUYONG. Kapal ini bertanggun­gjawab melaksana semua aktiviti berkaitan dengan penyelaman, kejurutera­an dan pemusnahan bahan letupan air serta pemusnahan periuk api.

Bagaimana pula kisah pengalaman seorang Pegawai Marin Pelabuhan yang memberi perkhidmat­an paling awal kepada kapal dagang yang datang masuk ke kawasan pelabuhan dan memberi perkhidmat­an paling akhir apabila kapal dagang ingin keluar dari kawasan pelabuhan. Ini bermakna segala pergerakan kapal dagang keluar dan masuk ke kawasan pelabuhan merupakan tanggungja­wab utama Pegawai Marin Pelabuhan.

Episod akhir membawa kepada tugasan seorang ketua Unit Gempur Marin di bawah pasukan Polis Marin yang memaparkan maklumat, tugas-tugas dan aktiviti harian Unit Gempur Marin [UNGERIN] di bawah pasukan Polis Marin. Ia ditubuhkan atas keperluan semasa berikutan kejadian serangan lanun. Tugas unit bukan sahaja mengawal keadaan di darat malah membantu pasukan keselamata­n di laut bagi memastikan pengganas tidak dapat meloloskan diri melalui jalan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia