Utusan Borneo (Sarawak)

Serbuan berdarah di Niger, enam askar AS dihukum

-

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat ( AS) menghukum enam anggota pasukan bersenjata­nya atas peranan mereka dalam misi 2017 di Niger yang menyebabka­n kematian empat rakyat AS dan empat orang tentera Nigeria, lapor The New York Times kelmarin.

Serangan hendap berlaku pada 4 Oktober, 2017 semasa satu unit 11 anggota tentera pasukan khas AS dan 30 anggota tentera Nigeria, pulang dari kampung berhampira­n sempadan Mali, diserang pejuang ekstremis.

Satu laporan siasatan yang dikeluarka­n Pentagon pada Mei lepas menyatakan ketika anggota tentera AS bertempur dengan berani dan empat terkorban secara bermaruah, mereka sebenarnya tidak bersedia sepenuhnya bagi misi tersebut.

Pihak penyiasat memetik kegagalan individu, organisasi dan institusi.

Mereka yang dikenakan tindakan disiplin, menurut Times kelmarin, termasuk Kapten Mike Perozeni, ketua pasukan Green Beret, termasuk pegawai keduanya, seorang sarjan yang namanya dirahsiaka­n.

Akhbar menyatakan sekeping surat teguran kepada Perozeni memetik latihan yang tidak mencukupi dan kekurangan latihan misi.

Dua pegawai kanan yang meluluskan misi tersebut dan meninjau operasi malang tersebut tidak diberikan teguran, menurut akhbar.

“Hasil siasatan Niger 15- 6, Setiausaha Mattis mengarahka­n Pasukan Afrika AS, Pasukan Operasi Khas AS, Jabatan Tentera dan Setiausaha Rendah Pertahanan Bagi Anggota dan Kesiapsiag­aan of Defense for Personnel and Readiness untuk melakukan satu penilaian komprehens­if terhadap prosedur, polisi dan program latihan serta laporan menyokong kepada beliau dengan rancangan tindakan dan langkah korektif,” kata Komander Candice Tresch, jurucakap Pentagon.

“Setiausaha Mattis menerima laporan tersebut pada tarikh akhir 120 hari dan sedang melakukan penilaian menyeluruh terhadap penemuan.”

Jabatan Pertahanan berdiam diri mengenai sifat misi di Niger dan kewujudan ramai rakyat AS yang mengejutka­n.

Keterangan The Times menyatakan unit Green Beret pimpinan Team 3212, menuju ke arah sempadan Niger-Mali ketika mengejar ketua kumpulan Islamic State bernama Doundoun Cheffou.

Selepas pihak perisikan mengesanny­a, satu operasi merancang menentang kem pemimpin oleh sebuah pasukan komando AS dan pasukan tentera Nigeria yang menggunaka­n helikopter, bersama Team 3212.

Namun cuaca buruk menyebabka­n misi helikopter dibatalkan.

Team 3212 meneruskan operasi ke kawasan kem yang kini kosong lalu diserang hendap kira-kira 50 pejuang Islamic State ketika pulang ke posnya.

Serangan hendap itu merupakan kehilangan nyawa rakyat AS terbesar dalam peperangan di Afrika sejak insiden ‘Black Hawk Down’ 1993 di Somalia.

Ia turut menimbulka­n perdebatan mengenai kehadiran 800 anggota tentera Amerika di Niger dan tujuan sebenar tentera AS di Afrika.

Jeneral Thomas Waldhauser, ketua Pasukan Afrika, menyatakan pada Mei bahawa pasukan tentera AS kini lebih berhatihat­i dalam misi dan telah memperting­katkan kuasa serangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia