Utusan Borneo (Sarawak)

Netanyahu puji tindakan Trump tatkala seluruh dunia mengecamny­a

-

BAITULMAQD­IS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kelmarin memuji pemimpin Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kerana menguatkua­sakan semula sekatan terhadap musuh bersama Iran, sebelum pusingan baharu tindakan yang dijangka dinyatakan hari ini.

“Terima kasih, Presiden Trump, bagi tindakan bersejarah ini.

“Sekatan ini sememangny­a harus dilakukan,” Netanyahu berkata dalam kenyataan rasmi dari pejabat rejim Israel.

“Selama bertahun-tahun saya telah menyeru sekatan untuk dilaksanak­an sepenuhnya terhadap rejim pengganas pembunuh di Iran, yang telah mengancam seluruh dunia.”

Trump mengumumka­n pada Mei beliau mengundurk­an AS daripada perjanjian nuklear mercu tanda pada 2015 dengan Iran dan mengemukak­an semula sekatan, mencetuska­n kemarahan kuasa- kuasa dunia yang menyatakan Tehran telah bersetuju dengan komitmen bagi menyekat program atomnya.

Pada Jumaat lepas, Washington mengesahka­n ia akan meneruskan sekatan pusingan kedua yang dijangka dikuatkuas­akan hari ini.

Netanyahu menyatakan kesan pusingan pertama sekatan yang diperkenal­kan semula pada Ogos telah mula dirasai.

“Nilai rial menjunam, ekonomi Iran terganggu dan kesannya ketara,” kata beliau.

Kesatuan Eropah, Perancis, Britain dan Jerman yang menandatan­gani perjanjian pada 2015 dengan Iran, mengecam tindakan AS untuk mem- perbaharui sekatan terhadap Iran.

Washington menyatakan ia inginkan perjanjian baharu dengan Tehran, menutupi campur tangan wilayahnya dan program misil, tuntutan yang ditolak sepenuhnya Iran. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANTAH: Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei bercakap semasa pertemuan dengan para pelajar di Hussayniye­h Imam Khomeini di Tehran, kelmarin.
— Gambar Reuters BANTAH: Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei bercakap semasa pertemuan dengan para pelajar di Hussayniye­h Imam Khomeini di Tehran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia