Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan di studio yoga AS, dua maut

-

MIAMI: Seorang lelaki bersenjata membunuh dua orang dan mencederak­an lima orang lagi dalam serangan mengejut ke atas sebuah studio yoga di bandar utama Tallahasse­e di Florida sebelum bertindak membunuh diri, menurut pihak polis kelmarin.

Pada masa tepat 5.47 petang waktu tempatan pada Jumaat lepas, Scott Beierle, 40, memasuki kedai tersebut dengan menyamar sebagai seorang pelanggan dan mula menembak orang ramai dengan sepucuk pistol tanpa sebarang amaran, Jabatan Polis Tallahasse­e menyatakan dalam satu kenyataan.

“Orang awam telah melawan penyerang bagi menghalang­nyaa.

“Penyerang kemudian mengacukan senjata ke arah dirinya sendiri dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan tembakan yang dilakukann­ya sendiri,” tambah polis.

Ia menyatakan dua wanita, Nancy Van Vessem, 61, dan Maura Binkley, 21, telah terbunuh.

Dua wanita lagi dalam keadaan stabil ketika dua wanita dan seorang lelaki dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital.

Beierle, graduan lepasan Universiti Negeri Florida dengan perkhidmat­an tentera, sebelum ini menjadi sasaran arahan polis kerana mengganggu wanita muda, menurut kenyataan tersebut.

Siasatan sedang dilakukan, dan pihak polis masih belum membentuk kaitan di antara penembak dan mangsa serta perniagaan yoga.

Penyerang memuat naik video YouTube menunjukka­n dirinya memberikan ucapan bersifat rasis kejam dan pembenci perempuan, menurut BuzzFeed.

Datuk Bandar Tallahasse­e Andrew Gillum, yang sedang bertanding untuk jawatan gabenor Florida dan memendekka­n acara kempen untuk segera pulang ke bandar, menyatakan dalam Twitter: “Saya sangat menghargai tindakan pantas pihak penguat kuasa undang-undang atas kejadian tembakan di fasiliti yoga di Tallahasse­e hari ini.”

“Tiada tindakan keganasan undang- undang telah diterima.

“Saya telah berhubung rapat dengan pegawai penguatkua­sa undang- undang dan akan kembali ke Tallahasse­e pada malam ini,” jelas Gillum.

Laman Facebook studio yoga itu menerima banyak mesej berbentuk sokongan termasuk daripada pihak lain di Florida, AS dan luar negara.

“Mengirim doa, kasih sayang serta kedamaian bagi merawat komuniti yoga Tallahasse­e,” menurut komen pengguna Facebook Melissa Gregory.

“Semoga berkat akan dikembalik­an ke studio ini dan kepada semua pengamal yoga yang berkongsik­an ruang ini. Namaste!” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia