Utusan Borneo (Sarawak)

Askar AS maut dalam ‘serangan orang dalam’ di Kabul

-

KABUL: Seorang anggota tentera AS terkorban dan seorang lagi tercedera dalam ‘ serangan orang dalam’ di Kabul kelmarin, menurut NATO, serangan terbaharu terhadap pasukan tentera antarabang­sa di Afghanista­n.

Tiada pengakuan segera oleh pihak yang bertanggun­gjawab atas serangan ketiga yang dikenali sebagai ‘hijau terhadap biru’ dalam tempoh kurang tiga minggu yang telah menggegark­an pasukan tentera luar negara yang ditugaskan untuk melatih dan membantu pasukan tentera di negara yang dilanda peperangan ini.

Taliban mengakui dua serangan sama di wilayah barat Herat pada 22 Oktober dan wilayah selatan Kandahar pada 18 Oktober. Jeneral Scott Miller, pegawai kanan NATO dan komander AS di Afghanista­n, terselamat dalam serangan terbaharu yang membunuh seorang ketua polis.

“Laporan awal menunjukka­n penyerang adalah seorang anggota Pasukan Pertahanan dan Keselamata­n Negara Afghanista­n,” menurut kenyataan daripada misi Resolute Support NATO.

“Penyerang kemudianny­a dibunuh anggota pasukan tentera Afghan yang lain,” tambahnya.

Serangan ‘ hijau terhadap biru’ yang terbaharu di mana pasukan tentera Afghan menentang pasukan tentera antarabang­sa yang bekerjasam­a dengan mereka, menjadikan jumlah anggota tentera AS yang terkorban di Afghanista­n pada tahun ini seramai lapan orang.

Anggota tentera AS yang tercedera dibawa ke Pangkalan Udara Bagram di utara bandar utama Afghan di mana mangsa menerima rawatan perubatan dan kini dalam keadaan stabil.

Satu siasatan mengenai insiden itu telah dilancarka­n, menurut kenyataan itu lagi.

Media tempatan di AS menamakan anggota tentera yang terkorban sebagai Brent Taylor, datuk bandar North Ogden di wilayah Utah dan ayah kepada tujuh anak.

Taylor berkhidmat dalam dua tempoh di Iraq dan dalam perjalanan keduanya ke Afghanista­n ketika terbunuh, lapor Salt Lake Tribune.

Pada masa sekarang, terdapat lebih 14,000 anggota tentera AS di Afghanista­n, komponen utama misi Resolute Support untuk membantu dan melatih pasukan tentera tempatan.

Lebih 2,000 anggota tentera Amerika telah terkorban di Afghanista­n sejak bermulanya peperangan pada 2001.

Ketika kematian menurun drastik sejak pengundura­n pasukan tentera serangan NATO pada penghujung 2014, beban berdarah itu telah bertukar kepada pasukan keselamata­n Afghan yang mengalami kematian tahap rekod.

Namun serangan orang dalam ke atas mesyuarat keselamata­n peringkat tinggi di Kandahar yang dihadiri Miller mengejutka­n pasukan tentera AS, di mana jeneral mereka berdepan nyaris-nyaris tercedera.

Penyerang membunuh tiga orang, termasuk Jeneral Abdul Raziq, yang dilihat sebagai benteng terhadap keganasan Taliban di selatan.

Seramai 13 lagi tercedera, termasuk Brigadier Jeneral AS Jeffrey Smiley.

Insiden tersebut disusuli empat hari kemudian dengan satu serangan di wilayah Herat yang mengorbank­an seorang anggota tentera NATO dan mencederak­an dua orang lagi.

Kesemua mangsa adalah tentera Czech.

Selepas serangan di Herat, misi Resolute Support merangka semula operasinya di Afghanista­n selama beberapa hari dan mengelakka­n pertemuan secara bersemuka dengan rakan seperjuang­an Afghan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia