Utusan Borneo (Sarawak)

New Delhi haramkan pembakaran terbuka

-

NEW DELHI: Kerajaan India mengharamk­an pembakaran sisa buangan terbuka di New Delhi dan kawasan sekitarnya bagi menangani krisis pencemaran udara.

Dengan kualiti udara pada tahap berbahaya dan dianggap tidak selamat untuk kesihatan manusia, ibu negara India itu terus bergelut dengan ancaman pencemaran alam yang semakin meningkat.

Menteri Alam Sekitar Persekutua­n, Harsh Vardhan memerintah­kan pihak berkuasa di New Delhi dan bandar satelitnya Faridabad, Guru- gram, Ghaziabad dan Noida, memerangi masalah itu.

Pencemaran industri, asap pengangkut­an, habuk dari tapak pembinaan dan pembakaran tanah ragut oleh petani negara jiran adalah penyumbang besar kepada persekitar­an yang tercemar.

Pada musim sejuk menyaksika­n peningkata­n kes penyakit paru-paru dan masalah jantung di bandar yang didiami 20 juta orang itu.

Vardhan berkata walaupun insiden pembakaran di ladang tanaman menurun 30 peratus tahun ini ber- banding tahun sebelumnya, langkah keseluruha­n yang diambil kerajaan negeri New Delhi, Punjab, Haryana, Uttar Pradesh dan Rajasthan bagi mengawal masalah itu masih tidak memuaskan.

Sehubungan itu, beliau mengarahka­n kerajaan negeri terbabit memastikan pembakaran terbuka sisa buangan domestik dan perindustr­ian, 100 peratus dapat dikekang.

“Mereka yang melakukan kesalahan berulang akan dikenakan tindakan di peraturan jenayah,” kata menteri terbabit baru-baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia