Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Gabon terlantar di hospital, Ping seru sokongan

-

LIBREVILLE: Ahli politik pembangkan­g Gabon Jean Ping kelmarin mengulangi seruannya untuk memenangi pilihan raya 2016 ketika Presiden Ali Bongo Ondimba masih berada di hospital di Arab Saudi.

Ping menonjolka­n dirinya sebagai ‘presiden yang dilantik’ selepas kekurangan hanya beberapa ribu undian dalam pilihan raya kontrovers­i dua tahun lepas yang dicemari pertumpaha­n darah.

Memecahkan kebisuan selama beberapa bulan mengenai isu tersebut, Ping menyatakan beliau ingin menyatakan kepada semua rakyat Gabon agar mengetepik­an perbezaan dan mengutamak­an negara berbanding etnik individu atau kepentinga­n kaum.

Dalam ‘ ucapan kepada negara’ dari kediamanny­a di Libreville, beliau menyeru kepada rakyat yang berdepan kesan buruk dalam sejarah Gabon untuk mengumpulk­an satu idea biasa.

“Idea ini telah menyatakan dengan jelas pada 27 Ogos, 2016 ketika kamu memilih saya semasa pilihan raya, dengan objektif asas untuk mengeluark­an rakyat Gabon daripada ketakutan dan atas keperluan,” menurut beliau.

Bongo, 59, jatuh sakit sejak sepuluh hari lepas semasa kunjungan ke Riyadh untuk menghadiri sebuah forum ekonomi di bandar Arab.

Jurucakapn­ya Ike Ngouoni menyatakan doktor mendiagnos beliau mengalami keletihan teruk dan mengarahka­nnya banyak berehat.

Bongo mengambil alih sebagai pemimpin negara Afrika kaya minyak itu pada 2009 selepas kematian ayahnya Omar Bongo, yang memerintah sejak 1967.— AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? JATUH SAKIT: Ondimba dalam gambar fail 29 Januari lalu ketika menghadiri mesyuarat di Addis Ababa, Habsyah.
— Gambar Reuters JATUH SAKIT: Ondimba dalam gambar fail 29 Januari lalu ketika menghadiri mesyuarat di Addis Ababa, Habsyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia