Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan AS bunuh 14 orang awam di timur Syria

-

BEIRUT: Sekurangku­rangnya 14 orang awam terkorban kelmarin dalam serangan udara oleh pakatan tentera antarabang­sa yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas kubu persembuny­ian terakhir kumpulan Islamic State di bahagian selatan Syria, menurut sebuah badan pemerhati.

“Seramai 14 orang awam, termasuk lima kanakkanak di bawah usia 18 tahun, terkorban dalam serangan udara pakatan ke atas beberapa kampung seperti Hajin, Sousa danAlShaaf­a di wilayah timur Deir Ezzor,” menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

“Angka kematian kemungkina­n meningkat disebabkan jumlah mangsa yang mengalami kecederaan serius,” tambah ketua Observator­y, Rami Abdel Rahman.

Sekurang- kurangnya sembilan anggota pejuang jihad IS turut terkorban dalam serangan itu, tambah beliau.

Pihak pakatan tidak dapat memberikan komen dengan segera.

Serangan bertambah sengit selepas cubaan serangan pejuang jihad terhadap pangkalan pakatan di kampung berhampira­n Al-Bahra, menurut badan pemerhati yang berpusat di Britain.

IS menawan beberapa kawasan besar di Syria dan negara jiran Iraq pada 2014, menuntut sebuah kerajaan sendiri di kawasan yang dikawalnya.

Namun kumpulan pejuang jihad sejak itu kehilangan kebanyakan wilayahnya semasa beberapa serangan di kedua-dua negara.

Di Syria, kumpulan tersebut melihat kehadirann­ya berkuranga­n di beberapa bahagian di gurun luas Badia dan satu kawasan di Deir Ezzor yang mengandung­i Hajin, Sousa dan Al-Shaafa.

Satu pakatan KurdisArab yang disokong pihak pakatan telah melancarka­n satu serangan pada September bagi merampas kawasan Deir Ezzor daripada IS.

Namun pada Rabu pihak pakatan, Syrian Democratic Forces, menghentik­an seranganny­a terhadap pelampau selepas pasukan tentera Turki menembak ke arah kedudukan kumpulan itu.

Pihak pakatan menganggar­kan 2,000 pejuang IS masih berada di kawasan Hajin.

Seramai lebih 360,000 orang telah terkorban sejak peperangan Syria meletus pada 2011 susulan penindasan kejam terhadap bantahan antikeraja­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia