Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan berarak di Togo tuntut pembebasan penunjuk perasaan

-

LOME: Lebih seribu berarak di bandar utama Lome di Togo kelmarin untuk menuntut pembebasan penunjuk perasaan yang telah dipenjarak­an selepas menuntut perletakan jawatan Presiden Faure Gnassingbe.

Dalam seruan dari Citizen Front Togo Debout (FCTD), organisasi penaung bagi kumpulan masyarakat awam, para penunjuk telah tertumpu di sebuah dataran awam.

Beberapa orang ketua bagi pakatan utama, termasuk ketua pembangkan­g veteran Jean-Pierre Fabre, telah menghadiri permulaan bantahan.

“Kami memang ingin mengambil bahagian dalam perarakan sehingga akhinya, malangnya kami harus pergi ke Conakry untuk menemui Presiden Alpha Conde, salah seorang fasilitato­r dalam krisis rakyat Togo,” kata Fabre.

Menurut kepada pihak pembangkan­g, kira-kira 50 orang masih dipenjarak­an selepas mengambil bahagian dalam bantahan untuk menuntut perletakan jawatan Gnassingbe, yang memegang kuasa sejak 2005 selepas mengambil alih daripada ayahnya yang telah memerintah selama 38 tahun.

Gnassingbe telah menentang perubahan terhadap perlembaga­an yang akan meletakkan had terhadap penggal seseorang presiden, mencetuska­n kebangkita­n seluruh negara.

“Mereka yang masih berada dalam tahanan harus segera dibebaskan dan tanpa sebarang syarat,” menurut jurucakap Front David Dosseh.

FCTD turut menyebut tentang pilihan raya yang dijadualka­n pada 20 Disember.

“Kami tidak melibatkan diri kami dengan proses pilihan raya palsu ini,” menurut Dosseh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia