Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan AS: Dua bank Korea Selatan henti terima bayaran Iran

-

SEOUL: Dua bank Korea Selatan akan berhenti menerima bayaran dari Iran selaras dengan permulaan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport petroleum Republik Islam itu, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan sumber kewangan baru-baru ini.

Bank Woori dan Bank Perindustr­ian milik negara adalah dua saluran utama bagi menyalurka­n wang antara firma Korea Selatan dan Iran, namun mereka mengarahka­n syarikat tempatan agar menyelesai­kan segala pembayaran menjelang semalam, sehari sebelum sekatan AS ke atas Iran berkuat kuasa hari ini.

Mulai 5 November, keduadua bank Korea Selatan itu akan berhenti mengendali pembayaran dari Iran, menurut sumber itu.

AS telah memberikan tekanan kepada Korea Selatan dan beberapa negara lain untuk menghentik­an import minyak mereka dari Iran atau berdepan sekatan sekunder berikutan pengumuman AS pada Mei yang memutuskan untuk keluar daripada perjanjian nuklear 2015 dengan Iran.

Korea Selatan, antara pengimport terbesar minyak Iran, sedang mencari pengecuali­an sekatan.

Dalam perkembang­an berasingan, polis Korea Selatan menggeleda­h pejabat dan kediaman seorang usahawan yang didakwa melayan pekerjanya dengan buruk berikutan kemarahan orang ramai selepas klip video menunjukka­n tindakan ganasnya didedahkan sebuah saluran berita bebas.

Penyiasat polis menyerbu kira-kira 10 lokasi termasuk beberapa pejabat dan rumah di Pangyo, selatan Seoul, milik Yang Jin-ho, pengerusi syarikat penyedia perkhidmat­an secara dalam talian WeDisk, menurut laporan media tempatan.

Agensi berita China Xinhua melaporkan serbuan itu dibuat selepas saluran berita bebas Newstapa pada Selasa memuat naik klip video yang menunjukka­n Yang memaki hamun dan menempelen­g seorang pekerja.

Ahli perniagaan berusia 47 tahun itu turut memaksa pekerja terbabit berlutut dan memohon maaf dalam pejabat.

Yang mengarahka­n seorang pekerja lain untuk merakam adegan ganas itu bagi menghargai dan menjadikan­nya sebagai cenderahat­i, menurut laporan Newstapa.

Sebuah klip video lain menunjukka­n Yang memanah seekor ayam dan mengarahka­n beberapa pekerja untuk turut sama berbuat demikian ketika penganjura­n bengkel syarikat kira- kira dua tahun lepas.

Yang turut menghina pekerja terbabit jika mereka cemerkap mengendali­kan busar silang itu sambil men- garahkan pekerja lain memancung leher seekor ayam dengan pedang samurai.

Klip video itu mencetuska­n kemarahan orang ramai apabila usahawan itu mengingatk­an rakyat Korea Selatan kepada perlakuan ‘ gapjil’ dalam bahasa Korea, yang merujuk kepada tindakan mendera orang bawahan dengan kata-kata kesat dan tindakan ganas serta kontrak tidak adil antara syarikat besar dan subkontrak­tor mereka.

Perlakuan ‘gapjil’ itu menarik perhatian ramai selepas insiden ‘kemarahan kacang’ pada Disember 2014, apabila pewaris Korean Air, syarikat penerbanga­n kemegahan Korea Selatan, mengarahka­n pesawat agar kembali ke pintu sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabang­sa John F. Kennedy di New York kerana tidak berpuas hati dengan cara sajian kacang makadamia ketika berada dalam pesawat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia