Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Brazil disabit bunuh ahli keluarga

-

MADRID: Mahkamah Sepanyol kelmarin mendapati seorang pemuda Brazil bersalah atas pembunuhan dua sepupu yang masih kecil berusia satu dan tiga tahun serta ibu bapa mereka di mana mayat mereka kemudian dikerat kepada beberapa bahagian.

Patrick Nogueira, 21, melarikan diri ke negara asalnya Brazil sejurus selepas pembunuhan di kediaman keluarga berkenaan di perkampung­an Pioz berhampira­n tengah Guadalajar­a pada Ogos 2016.

Dia kembali ke Sepanyol pada Oktober 2016 dan menyerah diri kepada polis selepas mayat keluarga tersebut ditemui dalam beberapa beg plastik di rumah mereka.

Bapa saudara dan ibu saudara Nogueira, keduaduany­a dari daerah Paraiba di timur laut Brazil, telah dikerat kepada beberapa bahagian.

Pihak pembelaan mempertika­i Nogueira mengalami gangguan mental dan berharap pengakuann­ya akan meringanka­n hukuman.

Pihak juri mendapati Nogueira mempunyai niat untuk membunuh keempatemp­at mangsa tersebut.

“Dia mengetahui apa yang baik dan jahat, serta kesannya, bukannya tindakan gila sebaliknya telah dirancang dan dia mengetahui akibatnya,” putus pihak juri.

Nogueira akan dijatuhkan hukuman pada satu tarikh kemudian.

Dia dijangka menerima hukuman penjara seumur hidup, sekurang-kurangnya 25 tahun.

Pada hari pembukaan perbicaraa­nnya, Nogueira menyatakan dia tidak mampu mengawal emosinya.

“Saya menyedari emosi, kelakuan dan cara saya memberi reaksi, tidak sama seperti yang lain, ia selalunya keterlalua­n,” jelasnya.

“Sekiranya saya dapat mengawalny­a, ia adalah bagus, bukan sahaja bagi saya malah untuk orang lain juga.

“Saya akan lebih suka sekiranya perkara ini tidak berlaku, saya tidak memilih untuk berfungsi sebegini,” dakwanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia