Utusan Borneo (Sarawak)

Dipengaruh­i pengumuman Belanjawan 2019 dan kemungkina­n pengukuhan pasaran buruh di AS

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka didagangka­n lebih tinggi minggu ini, didorong oleh pengumuman Belanjawan 2019 selain perkembang­an di Amerika Syarikat, kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Katanya, ciapan Presiden Amerika Syarikat ( AS), Donald Trump, walaupun masih tidak menentu, mencadangk­an bahawa perang perdaganga­n mungkin akan lebih baik.

“Dengan data penggajian bukan ladang mungkin menunjukka­n pasaran buruh yang kukuh di Amerika Syarikat, ekonomi bersedia untuk kenaikan secara be- ransur- ansur dalam kadar dasar,” katanya kepada Bernama.

Berkenaan Belanjawan 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan pada Jumaat, Mohd Afzanizam berkata, terdapat kejelasan terhadap dasar yang diumumkan oleh kerajaan.

“Walaupun belanjawan defisit dijangka lebih tinggi pada 2018 dan 2019, ia didorong terutamany­a oleh item sekali sahaja seperti bayaran balik cukai berjumlah RM37 bilion,” katanya sambil menambah bahawa ini akan dikurangka­n oleh dividen khas daripada Petronas yang kelihatan sebagai faktor pengimbang utama kerana kerajaan komited terhadap strategi pertumbuha­n yang inklusif.

Mohd Afzanizam juga berkata, terdapat cukai baharu seperti cukai digital yang akan membantu aliran perolehan dan membolehka­n lebih banyak keadilan antara pemain antarabang­sa dan tempatan dalam industri media.

Beliau berpendapa­t bahawa, Malaysia akan menyaksika­n trajektori yang lebih tinggi untuk perbelanja­an pembanguna­n melebihi RM50 bilion pada 2018 dan 2019 dan ini adalah positif untuk sektor pembinaan.

Secara ringkas katanya, terdapat tanda positif di peringkat tempatan yang mana agak tidak menentu beberapa bulan lepas.

Secara teknikal, kadar rintangan adalah sekitar 1,745 mata.

“Mungkin FBM KLCI bersedia untuk mencapai tahap ini kerana nilai-nilai jelas muncul selepas jualan pada bulan Oktober. Pilihan raya pertengaha­n AS pada 6 November dan mesyuarat G20 yang dijadualka­n bulan ini boleh menjadi potensi terganggu kepada momentum bursa dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI meningkat 6.95 mata pada 1,713.87.

Indeks FBM Emas meningkat 112.87 mata kepada 11,857.65, Indeks FBMT100 meningkat 103.38 mata kepada 11,696.61 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 55.9 mata kepada 11,890.22.

FBM 70 meningkat 38.45 mata kepada 13,735.7 manakala FBM Ace meningkat 79.41 mata kepada 5,020.55.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 291.46 mata kepada 17,274.00, Indeks Perladanga­n meningkat 37.15 mata kepada 7,389.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 0.01 mata kepada 173.12.

Membanding­kan Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 9.63 bilion unit, bernilai RM8.15 bilion, berbanding 7.96 bilion unit, bernilai RM8.02 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 6.34 bilion saham bernilai RM7.47 bilion, berbanding 5.54 bilion saham bernilai RM7.52 bilion.

Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 1.72 bilion unit, bernilai RM414.93 juta, daripada 1.27 bilion unit, bernilai RM262.7 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.55 bilion saham bernilai RM259.77 juta daripada 1.14 bilion saham bernilai RM241.96 juta yang didagangka­n minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia