Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit didagangka­n tidak berubah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu ini, dipengaruh­i oleh faktor luaran, kata seorang peniaga.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata pilihan raya pertengaha­n di Amerika Syarikat minggu ini dilihat sebagai ancaman penting kepada mata wang pasaran baharu muncul, termasuk ringgit.

“Anda boleh meramalkan perisitiwa politik pada zaman moden tetapi peluang yang kukuh untuk ringgit meningkat berbanding dolar AS pada tempoh akan datang adalah untuk dolar dijual dengan banyak oleh pelabur pada pilihan raya berkenaan.

“Faktor peningkata­n dolar AS bukanlah sesuatu yang boleh diketepika­n dari jadualnya. Ia juga menunjukka­n risiko paling ketara untuk potensi pulangan tahap 4.20 dalam USD/ MYR,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit didagangka­n tinggi berbanding dolar AS.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.1600/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1730/ 1770 minggu sebelumnya.

Berbanding beberapa mata wang utama, ringgit bagaimanap­un didagangka­n kebanyakan rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0321/0362 daripada 3.0154/ 0189 Jumaat lepas, tetapi berbanding yen Jepun, ringgit meningkat kepada 3.6889/6940 daripada 3.7282/7321.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4196/ 4266 daripada 5.3419/ 3495 dan lemah berbanding euro kepada 4.7582/ 7643 daripada 4.7384/7438 Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia