Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM diniagakan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi antara RM2,130 dan RM2,230 satu tan minggu ini, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran akan disokong oleh unjuran harga MSM 2019 yang meningkat pada purata RM2,400 satu tan berbanding RM2,300 satu tan pada tahun ini.

Sementara itu, Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka menerima pengumuman Belanjawan 2019 pada Jumaat.

Bagi meningkatk­an kemampanan dan daya saing eksport industri minyak sawit, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n kerajaan akan memperuntu­kkan RM30 juta untuk membantu pekebun kecil mendapatka­n pensijilan Minyak Sawit Le- stari Malaysia (MSPO).

Kerajaan turut menegaskan akan melaksanak­an program Biodiesel B10 untuk sektor pengangkut­an dan B7 untuk sektor perindustr­ian pada 2019.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, November 2018 susut RM61 kepada RM1,985 satu tan, Disember 2018 merosot RM13 kepada RM2,087 satu tan, Januari 2019 turun RM5 kepada RM2,153 satu tan dan Februari 2019 berkuranga­n RM18 kepada RM2,218 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 184,166 lot daripada 138,070 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 291,324 kontrak daripada 289,003 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, November Selatan susut RM60 kepada RM2,020 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia