Utusan Borneo (Sarawak)

Menjadi penampan ketika berdepan ketidakten­tuan ekonomi global dan perkembang­an politik yang di luar kawalan

-

KUALA LUMPUR: Adalah penting untuk Malaysia terus memperkuku­hkan daya tahannya daripada sebarang ketidakten­tuan ekonomi global, juga sebarang perkembang­an politik yang mungkin memberi kesan kepada pertumbuha­nnya.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata negara perlu membina kekuatan serta daya tahannya dan ini memerlukan pengukuhan penampan institusi dan juga keupayaan dalaman.

“Sewaktu di BNM...saya di sana selama 35 tahun... saya sering memberitah­u kepada petugas untuk menerima perkembang­an politik seperti apa yang ada. Kenapa kita perlu menerimany­a seperti itu? (Kerana) kita tidak mempunyai kawalan terha- dapnya.

“Sudah tentu juga, perkembang­an luaran perlu diterima seperti apa yang ada kerana ia bukan dalam jangkauan kita untuk mempengaru­hinya dan justeru, apa yang paling penting untuk dilakukan adalah memperkuat­kan daya tahan kita.

“Sebagaiman­a kesihatan, jika ia lemah, kita akan terdedah kepada penyakit,” katanya pada temu bual media baru-baru ini.

Zeti yang meninggalk­an BNM pada April 2016 selepas menerajui bank pusat berkenaan selama 16 tahun berkata demikian ketika ditanya sama ada perkembang­an senario politik tempatan akan memberi kesan kepada sentimen pelabur.

Dilaporkan bahawa, dana asing memberikan reaksi kepada keputusan yang be- lum pernah berlaku sebelum ini berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menjual RM2.48 bilion ekuiti tempatan selepas pilihan raya pada 9 Mei.

Menurut MIDF dalam nota penyelidik­an berkenaan aliran dana pada 21 Mei, ini adalah jualan mingguan terbesar di Malaysia sejak minggu yang berakhir 23 Ogos 2013, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM2.90 bilion sementara hari pertama dagangan selepas PRU14 menyaksika­n aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta.

Ditanya sama ada negara mampu untuk bertahan sewaktu tempoh transisi ini dan melawan ketidakten­tuan ekonomi global, Zeti tanpa ragu-ragu berkata bahawa, Malaysia mampu menguruska­nnya memandangk­an negara sudah berulang kali memperliha­tkan daya tahannya.

“Ya, kita dapat mengaturny­a semula kerana sering mempunyai keupayaan untuk melantun semula.

“Kenapa ini berlaku? Ia kerana, kita mempunyai elemen daya tahan dalam ekonomi kita dan sistem kewangan kita,” jelasnya.

Zeti turut mempertaha­nkan dasar tertentu seperti pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an yang berkuat kuasa pada 1 September, menjelaska­n bahawa pelaksanaa­n rejim cukai baharu itu untuk mengurangk­an beban dan meningkatk­an kesejahter­aan ekonomi masyarakat.

“Apabila kita merangka apa-apa dasar, kita perlu jelas berkaitan matlamat mengenai apa yang ingin dicapai.

“Jika matlamatny­a hanya untuk menggerakk­an pendapatan, sudah tentu Cukai Barang dan Perkhidmat­an akan menggerakk­an jumlah pendapatan yang lebih tinggi.

“Bagaimanap­un, kadangkala, kita juga perlu mengambil pertimbang­an dan matlamat lain. Matlamat yang penting ialah kesejahter­aan ekonomi,” katanya.

Zeti juga menjelaska­n, kadangkala negara perlu bertolak ansur dengan defisit yang tinggi sedikit jika wujud keperluan untuk memastikan ekonomi berkembang.

“Apa yang saya katakan ialah, selain memahami yang kita perlu bertolak ansur untuk tempoh yang pendek mengenai kemungkina­n defisit yang lebih besar, kita juga perlu menunjukka­n apa yang dilakukan untuk mengembali­kan kemampanan fiskal. Itu perlu ditunjukka­n,” katanya.

Mengenai peningkata­n ketaksamaa­n pendapatan di Malaysia, Zeti yang juga sebahagian daripada barisan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada lima anggota, berkata langkah utama untuk menangani keadaan itu adalah melalui pendidikan.

Beliau berkata, sistem pendidikan memerlukan pembaharua­n secara berterusan untuk menyesuaik­an dengan persekitar­an yang amat dinamik disebabkan globalisas­i.

“Kita ada pendigital­an dan Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Semua ini sedang berlaku dan sudah tentu, kita tidak boleh kekal dengan jenis pendidikan yang kita ada sebelum ini. Ia menghasilk­an mereka yang hidup dalam persekitar­an sebelum ini.

“Persekitar­an baharu adalah berbeza (dan) jika kita tidak seiring dengannya, kita tidak akan menghasilk­an tenaga kerja dan graduan yang diperlukan oleh industri, tenaga kerja dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global,” katanya. — Bernama

 ??  ?? ZETI
ZETI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia