Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak syarikat Taiwan pasarkan produk di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Majlis Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Negeri Taiwan (TAITRA) menyasarka­n lebih banyak syarikat negara itu memasarkan produk mereka di Malaysia, khususnya dalam bidang teknologi, pembuatan serta gaya hidup.

Pengarah Pusat Perdaganga­n Taiwan di Kuala Lumpur, Tasha Hsiao berkata penyertaan itu sekali gus dapat membantu syarikat terba- bit mengembang­kan pasaran produk masing-masing ke peringkat global.

“Sektor teknologi, pembuatan serta gaya hidup misalnya, adalah merupakan antara bidang yang berpotensi diterokai pemain industri Taiwan di Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama selepas program Batik Fun Walk 2018 di sini.

Mengulas hubungan perdaganga­n Malaysia dan Tai- wan, Hsiao berkata Malaysia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Taiwan yang dilihat mampu memacu pertumbuha­n perdaganga­n berdasarka­n prestasi positif yang diperoleh setakat ini.

Beliau turut memuji inisiatif tiga syarikat Taiwan iaitu Pacific Cycles, Feca dan Step2Gold yang menyertai pameran bersempena ‘Batik Fun Walk 2018’.

Sementara itu, wakil peng- edar Pacific Cycles, Chung Wei Yang berkata pihaknya mempromosi­kan basikal lipat keluaran syarikat yang telah beroperasi lebih 30 tahun dengan harga produknya antara RM5,000 sehingga RM10,000 setiap satu.

Chung menyifatka­n pasaran basikal di Malaysia berada pada tahap terbaik memandangk­an rakyatnya kini kini cenderung mengamalka­n gaya hidup lebih sihat dengan aktiviti riadah seperti berbasikal.

Pengeluar barangan keperluan rumah, Feca Malaysia pula berhasrat menambah cawangan di utara dan selatan tanah air bagi memasarkan produk pelekap dinding keluaranny­a.

“Penambahan rangkaian outlet akan membantu kami memenuhi permintaan pelanggan selain boleh didapati di empat outlet kami di Lembah Klang serta pembelian menerusi Facebook,” kata Pembantu Pengurusny­a Cloud Lim.

Selain itu, Pengurus Runcit Kerusi Ta-Da, Vivian Chan berkata model kreatif kerusi serbaguna seberat 920 gram yang boleh dipelbagai­kan kepada tongkat itu tidak terhad kepada golongan berusia.

Produk keluaran Step2Gold berharga maksimum RM600 seunit itu juga mampu menampung beban sehingga 80 kilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia