Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2019 galakkan lebih banyak pemain tenaga hijau berkembang: Cenergi

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM2 billion oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2019 untuk Skim Pembiayaan Tenaga Hijau (GTFS) akan menggalakk­an lebih banyak pemain tenaga hijau berkembang dan meneroka kaedah inovatif dalam memanfaatk­an sumber tenaga boleh diperbahar­ui.

Ketua Pegawai Eksekutif Cenergi SEA Sdn Bhd, Ernest Navaratnam, syari- kat pelaburan tenaga bersih Khazanah Nasional, berkata Cenergi juga mengalu-alukan insentif lain seperti pengembang­an senarai aset hijau yang disenaraik­an di dalam direktori MyHijau yang layak untuk Elaun Pelaburan Teknologi Hijau (GITA) dari 9 aset kepada 40 aset.

Katanya, peruntukan itu dan insentif cukai lain akan memastikan kebangkita­n semula industri tenaga boleh diperbahar­ui.

“Akses yang lebih mudah kepada pembiayaan akan membolehka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencari lebih banyak peluang untuk pelaburan dan pembanguna­n Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RE) yang mana akan membantu negara memenuhi sasaran 20 peratus RE menjelang 2025,” katanya.

Baru- baru ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, mengumumka­n pelbagai inisiatif untuk menarik lebih ramai pemain dalam industri RE.

Ini termasuk kuota baharu Feed-in Tariff (FiT) dan polisi Skala Besar Solar 3 (LSS3) yang mana kapasiti 500MW dibuka untuk ditender yang akan memacu sektor tenaga solar.

Ini juga termasuk semakan semula polisi Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang mana setiap 1kWh tenaga yang dieksport ke grid akan diimbangi dengan 1kWh tenaga yang digunakan daripada grid oleh penyumbang.

Kerajaan juga akan memperkena­lkan pelabelan Intensiti Tenaga Bangunan untuk bangunan kerajaan, bermula di Putrajaya untuk mengurangk­an penggunaan tenaga sebagai usaha ke arah menjadi hijau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia