Utusan Borneo (Sarawak)

REHDA positif terhadap kebanyakan cadangan untuk sektor hartanah

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berkata kalangan peserta industri itu menyambut baik usaha kerajaan merangsang sektor hartanah menerusi beberapa cadangan yang dibentangk­an dalam Belanjawan 2019, Jumaat lepas.

Presidenny­a, Datuk Ir Soam Heng Choon berkata ini termasuk cadangan Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan yang merupakan langkah positif bagi menguruska­n isu hartanah kediaman yang tidak terjual.

“Ini berserta cadangan pengecuali­an duti setem bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama berharga antara RM300,001 sehingga RM1 juta, merupakan langkah tepat bagi menggalakk­an lagi orang ramai memiliki hartanah sendiri. Tindakan ini juga berkesan bagi mewujudkan instrumen pemilikan aset,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas selanjutny­a, Soam turut mengalu-alukan cadangan kerajaan mengecuali­kan duti setem bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 dan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama berpendapa­tan bulanan tidak lebih RM2,300 ( bagi pembelian hartanah berhagra RM150,000 pada kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun) yang disifatkan beliau dapat merangsang pemilikan rumah dalam jangka panjang.

“Selain itu, (cadangan) peruntukan RM25 juta kepada Cagamas Berhad bagi jaminan pajakan untuk pembeli rumah pertama berpendapa­tan bulanan sehingga RM5,000, akan turut melonjakka­n pertumbuha­n pasaran hartanah,” katanya.

Soam turut berharap usaha kerajaan melanjutka­n tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam kepada 35 tahun daripada 30 tahun untuk pembiayaan pertama dan kedua kepada 30 tahun berbanding 25 tahun, dapat meringanka­n beban tekanan kewangan untuk peminjam yang menggalas pembayaran pinjaman bulanan yang tinggi.

Soam berkata peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk perumahan mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd akan memastikan bekalan rumah mencukupi bagi golongan yang layak.

“Kami berharap kerajaan akan terus melaksanak­an penyediaan kategori rumah ini,” katanya.

Selain itu, beliau bagaim- anapun melihat cadangan melaksanak­an lima hingga 10 peratus cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi rumah yang dijual melebihi RM200,000 serta kenaikan duti setem bagi rumah berharga melebihi RM1 juta daripada tiga peratus kepada empat peratus, sebagai kurang sesuai pada masa ini.

“Ini pasti memberi kesan kepada industri, terutamany­a dalam tempoh mencabar ketika ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia