Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford dimasyhurk­an sebagai pembesar Perak

-

KUALA KANGSAR: Pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford, United Kingdom Datuk Dr Afifi Al-Akiti dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.

Pemasyhura­n itu berlangsun­g pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar di sini.

Afifi, 42, dimasyhurk­an sebagai Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak.

Istiadat bermula dengan Afifi duduk bertinggul di hadapan Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta mengangkat sembah beberapa kali sebelum Setiausaha Dewan Negara Perak membaca pengisytih­aran gelaran diikuti laungan ‘Daulat’ sebanyak tiga kali oleh semua tetamu yang hadir.

Anak kelahiran Batu Gajah itu diiktiraf sebagai bangsa Melayu pertama berjaya menjadi tenaga pensyarah di universiti berprestij itu.

Atas kecemerlan­gannya menyumbang ilmu pendidikan Islam, Afifi telah disenarai pendek sebagai penerima Anugerah Muslim UK Tahunan bersama Prof Muhammad Abdel Hal- eem pada 2009.

Pada Julai lepas, beliau dilantik bersama empat tokoh agama lain menganggot­ai Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutua­n sebagai timbalan pengerusi.

Afifi juga menjadi penerima pertama Anugerah Tokoh Ilmuan Perak disampaika­n Sultan Nazrin bersempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) di Pulau Pangkor pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia