Utusan Borneo (Sarawak)

St John Ambulans Melaka perlu RM3 juta bina bangunan ibu pejabat

-

MELAKA: St John Ambulans Melaka (SJAM), sebuah badan bukan kerajaan, memerlukan kira-kira RM3 juta untuk membina bangunan ibu pejabat negeri persatuan itu yang dirancang dilaksanak­an pada tahun hadapan, Timbalan Pemerintah­nya Datuk Dr N.Rajagopal.

Beliau berkata selain pusat operasi, pusat rawatan bagi warga emas dan pusat pemeriksaa­n kesihatan juga dirancang dibangunka­n di bangunan ibu pejabat SJAM yang boleh memberi manafaat kepada orang ramai di negeri ini.

Katanya pihaknya berharap pelbagai pihak antaranya swasta, orang ramai dan kerajaan negeri dapat memberi bantuan untuk merealisas­ikan hasrat berkenaan agar pengoperas­ian SJAM di negeri tersebut berjalan lebih lancar dan teratur.

“Setakat ini kita rancang untuk mengadakan makan malam bagi mengumpul dana membina bangunan Ibu Pejabat SJAM dan berharap sekurang- kurangnya 20 peratus daripada jumlah kos pembinaann­ya dapat dikutip selain kita mengharapk­an bantuan kewangan daripada pihak luar.

“Ia kerana setakat ini SJAM tidak mempunyai bangunan ibu pejabat sendiri dan keadaan ini menyukarka­n kita untuk mengatur aktiviti dan program dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kesihatan anjuran SJAM di sini, semalam.

Karnival sehari yang menawarkan pelbagai pemeriksaa­n kesihatan percuma untuk orang ramai itu dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Kerk Chee Yee.

Mengulasla­njut, Rajagopal berkata lokasi pembinaan ibu pejabat SJAM itu dirancang di kawasan sekitar Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka di Ayer Keroh di sini dan ia akan menjadi pusat sehenti bagi pelaksanaa­n pelbagai program dan aktiviti badan sukarelawa­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia