Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda disaran ceburi bidang keusahawan­an digital

-

KOTA KINABALU: Belanjawan 2019 yang memberi tumpuan besar kepada Revolusi Perindustr­ian 4.0 seharusnya memberi motivasi kepada anak-anak muda khususnya di Sabah untuk menceburi bidang keusahawan­an digital.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Ewon Benedick berkata, bidang itu berpotensi mencipta peluang pekerjaan kepada para graduan dan bukannya mencari pekerjaan.

“Bidang itu mampu mencipta pendapatan, bukannya menunggu pendapatan. Ianya juga memberi cabaran kepada sektor perkhidmat­an awam untuk turut sama mendigital­kan perkhidmat­annya termasuk sistem urus tadbir yang berkaitan.

“Inilah juga yang saya sedang perjuangka­n dan usahakan di kementeria­n saya agar setidak-tidaknya profil daerah dan setiap kampung di seluruh Sabah dapat didigitalk­an.

“Perbincang­an saya dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri berkaitan ini telahpun saya laksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada malam Jumaat.

Beliau berkata, pasti ada juga yang akan berpendapa­t tidak banyak projek pembanguna­n spesifik di Sabah dalam Belanjawan 2019.

Bagaimanap­un katanya, ianya sudah dicakupi dalam bajet pembanguna­n lebih RM5 bilion untuk Sabah sepertiman­a dibentangk­an.

“Untuk Belanjawan Persekutua­n yang akan datang, wajarlah juga agar sebahagian besar bajet itu disalurkan sahaja kepada Kerajaan Sabah dan kitalah yang melaksana- kannya sendiri sepertiman­a aspirasi rakyat Sabah.

“Akhirnya, Belanjawan ini akan lebih ‘lawa’ setelah terlaksana sepenuhnya dan rakyat menikmati impaknya. Maka tanggungja­wab kita semualah memastikan ini dapat dicapai. Mari kita saling bekerjasam­a. Sebagai pimpinan UPKO inilah juga tanggungja­wab parti,” katanya.

Ewon berkata, pihaknya akan terus berkomunik­asi dengan lebih kerap dan bekerjasam­a dengan rakan sejawatnya di peringkat persekutua­n untuk merancang dan memantau projek-projek pembanguna­n KPLB persekutua­n di Sabah.

Menurutnya, penerusan Projek Pan Borneo sangat dialu- alukan dan kerajaan Sabah boleh melaksanak­an sendiri projek itu melalui Jabatan Kerja Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia