Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kelas untuk tahun satu, kutipan dana masih tidak mencukupi

-

KENINGAU: Sekurangku­rangnya 100 murid prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Yin di sini berdepan kemungkina­n tidak dapat meneruskan pendidikan tahun satu di sekolah itu tahun depan berikutan ketiadaan kelas.

Sehubungan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Yuk Yin semalam tampil merayu bantuan kerajaan pusat bagi menyelesai­kan masalah tersebut sebelum sesi persekolah­an 2019 bermula.

“Murid-murid ini tidak dapat meneruskan persekolah­an pada tahun depan sekiranya masalah kelas ini tidak dapat diatasi pada tahun ini. Kami merayu kepada kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu kami,” kata Naib Yang Dipertuany­a Annie Thien, kepada Bernama.

Menurutnya sekolah itu telah melancarka­n tabung bagi mengutip dana untuk membiayai pembinaan tambahan kelas pada Ogos lalu, namun jumlah yang terkumpul tidak mencukupi.

Justeru katanya persatuan berharap sebahagian kecil daripada RM100 juta yang diperuntuk­kan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2019 akan disalurkan ke sekolah berkenaan untuk menampung kos pembinaan tambahan kelas tersebut.

SJKC Yuk Yin merupakan satu-satunya sekolah aliran Cina di Keningau dan pernah mencatat sejarah musnah dibom tentera bersekutu ketika menjejaki tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Sekolah itu bukan sahaja menjadi tumpuan muridmurid berketurun­an Cina tetapi juga kaum Bumiputera di daerah ini.

Sementara itu, beberapa ibu bapa yang ditemui menyatakan kebimbanga­n pendidikan anak-anak mereka akan terjejas sekiranya sekolah tersebut tidak dapat menerima lebih ramai murid tahun satu.

“Pengurusan sekolah perlu mencari alternatif untuk membantu kami,” kata seorang ibu, Dorothy Doris.

Seorang lagi ibu, Tracy Sandan meminta kerajaan pusat menimbang masalah yang dihadapi sekolah berkenaan dan membantu SJKC Yuk Yin menyelesai­kan masalah itu demi masa depan anak-anak di daerah ini. — Bernama

 ??  ?? DITANGANI: Aslani mengesahka­n KPDNHEP sudah melakukan pemeriksaa­n di Pasar Ikan Tawau, namun didapati isu tular lebih berhubung kait dengan bidang kuasa agensi atau jabatan lain.
DITANGANI: Aslani mengesahka­n KPDNHEP sudah melakukan pemeriksaa­n di Pasar Ikan Tawau, namun didapati isu tular lebih berhubung kait dengan bidang kuasa agensi atau jabatan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia