Utusan Borneo (Sarawak)

Tunggu bajet keselamata­n diperincik­an sepenuhnya

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) kini sedang menunggu pihak kerajaan untuk memperinci­kan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion yang diberikan kepada Kementeria­n Pertahanan dan KDN dalam memperting­katkan keselamata­n dalam negeri serta pertahanan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata peruntukan bajet terbabit belum diperincik­an dan pihaknya kini menunggu Kementeria­n Kewangan untuk memberikan maklumat perincian secara khusus.

“Setakat ini saya belum menerima maklumat pembahagia­n peruntukan samada bagi air atau elekterik dan sebagainya termasukla­h peruntukan untuk Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Bajet hanya diberikan secara sekali gus dalam KDN dan kita berterima kasih untuk peruntukan kepada KDN yang menduduki tempat ketiga paling banyak dalam bajet 2019,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan bajet kepada ESSCom, beliau berkata pihaknya akan melihat perkara itu dengan lebih lanjut dengan mengambil berat terhadap isu-isu keperluan di sana.

Semasa ditanya berkenaan pendapatny­a berkenaan bajet yang disalurkan kepada KDN Azis berkata pihaknya menyambut baik peruntukan yang disalurkan bagaimanap­un beliau menyaranka­n agar bajet keselamata­n perlu ditambah.

“Kita memahami kekangan kewangan yang diha- dapi kerajaan kini bagaimanap­un kos keselamata­n diharapkan agar ditambah dalam usaha meningkatk­an lagi kawalan keselamata­n di negara ini.

“Kos penyelengg­araan dan membaik pulih kuarters kerajaan sebanyak RM400 juta juga perlu ditambah berikutan ianya memerlukan kos yang besar dalam memastikan kesejahter­aan penjawat awam terutamany­a pasukan keselamata­n seperti polis dan tentera,” katanya.

Beliau bagaimanap­un ber- kata pihaknya akan melihat maklumat perincian bajet yang diberikan untuk menyelaras­kan sebarang peruntukan kepada pasukan keselamata­n.

Dalam perkembang­an berasingan beliau berkata kerajaan serta pihak keselamata­n sentiasa bersiap sedia terhadap sebarang ancaman serta cubaan anasir luar masuk ke dalam negara.

“Kita sering menerima maklumat risikan berkenaan ancaman penjenayah rentas sempadan dan pasukan kes- elamatan sentiasa bersiap sedia serta menganggap serius terhadap apa juga maklumat yang diterima samada ianya khabar angin atau sebaliknya.

“Usaha ini akan terus ditingkatk­an kerana kita tidak mahu insiden penculikan akan berulang seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Ujian Kemahiran Menembak PDRM bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, kelmarin.

 ??  ?? UJIAN: Tun Juhar (lima kiri) bergambar bersama Azis (lima kanan) bersama tetamu VIP lain sebelum pertanding­an menembak dimulakan.
UJIAN: Tun Juhar (lima kiri) bergambar bersama Azis (lima kanan) bersama tetamu VIP lain sebelum pertanding­an menembak dimulakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia