Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pemilihan PKR di Sabah diteruskan bagi 13 cabang

-

KOTA KINABALU: Fasa kedua proses pemilihan PKR peringkat Sabah, yang mempunyai keanggotaa­n kedua paling ramai disahkan layak mengundi iaitu kira- kira 150,000 orang, diteruskan semalam bagi 13 daripada 25 cabang parti itu di seluruh negeri.

Tiga belas cabang PKR terlibat dalam fasa terakhir proses pemilihan berkenaan pada hari ini ialah Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Tenom, Pensiangan, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatang­an, Silam, dan Semporna.

Proses pengundian bagi memilih barisan kepimpinan baharu peringkat pusat dan cabang PKR negeri Sabah menggunaka­n sistem e-undi itu bermula serentak pada jam 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Di PENAMPANG, tinjauan Bernama mendapati suasana sekitar pusat pemilihan PKR bagi cabang berkenaan setakat pagi ini berjalan lancar dengan para anggota parti sudah mulai memenuhi perkaranga­n pusat pengundian di Dewan Kampung Nosoob Baru, dekat sini, seawal jam 7.30 pagi.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua yang juga Naib Pengerusi PKR negeri ketika ditemui berkata proses pengundian di pusat pemilihan itu berlangsun­g dalam keadaan aman.

Penyandang jawatan Ketua Cabang PKR Penampang itu yang tiba di dewan berkenaan kira- kira jam 9 pagi tadi turut membuat pengundian menerusi sistem e-undi sebelum meluangkan masa meninjau sekitar pusat pemilihan parti tersebut.

“Persiapan semua bagus dan kita menyediaka­n tempat (pusat pengundian) yang sesuai. Semua kemudahan diperlukan ada selain turut menempatka­n lima anggota polis dan 20 anggota RELA bagi memantau kelancaran serta memastikan keselamata­n di pusat pemilihan ini,” katanya, yang turut bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Penampang, pada pemilihan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia