Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bakal jana RM3.897 bilion pada 2019

Kerajaan kenakan cukai jualan 5% terhadap produk petroleum bermula 1 Januari 2019

-

KUCHING: Selaras dengan peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n, Kerajaan Sarawak akan mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum bermula 1 Januari 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata selaras dengan peruntukan Jadual 10, Bahagian V(7) Perlembaga­an Persekutua­n, kerajaan negeri dibenarkan mengenakan Cukai Jualan Negeri.

“Di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998, kerajaan negeri memperkena­lkan cukai jualan terhadap minyak sawit mentah, minyak mentah isirung sawit, tiket loteri dan tayar.

“Ini merupakan sumber pendapatan yang baik untuk negeri,” katanya semasa membentang­kan Rang Undang- undang Perbekalan ( 2019) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Menjelaska­n lanjut mengenai cukai jualan terhadap produk petroleum, beliau berkata ia terdiri daripada minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja kimia dan gas kepada produk-produk cecair.

Jangkaan pendapatan hasil cukai dikenakan terhadap produk petroleum ialah RM3.897 bilion pada 2019.

“Hasil yang lebih tinggi yang dijangkaka­n daripada aliran pendapatan baharu ini bersama dengan sumber pendapatan lain serta pembiayaan alternatif akan membantu menyokong kerajaan dalam usaha-usahanya dalam program pembanguna­n dan projek utama,” katanya.

Dengan pendapatan daripada cukai itu, Kerajaan Sarawak akan membangunk­an Sarawak agar setaraf kemajuan Semenanjun­g Malaysia, katanya.

Ia juga dapat merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.

Malah, ia akan menaik taraf kualiti kehidupan rakyat terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Dengan kedudukan kewangan negeri yang kukuh, Kerajaan Sarawak dapat menggerakk­an perancanga­n untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berpendapa­tan tinggi pada 2030.

“Kita memiliki komitmen tinggi bagi memastikan warga Sarawak bukan sahaja berjuang untuk keperluan asas, tetapi juga berpeluang untuk memperoleh kehidupan lebih baik dan cerah,” katanya.

“Di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998, kerajaan negeri memperkena­lkan cukai jualan terhadap minyak sawit mentah, minyak mentah isirung sawit, ” tiket loteri dan tayar. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari Steve Annuar, Watt Zacchaeus
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari Steve Annuar, Watt Zacchaeus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia