Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n harus jadikan Belanjawan Sarawak 2019 sebagai cabaran, amaran: Fadillah

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n harus menjadikan Belanjawan Sarawak 2019 sebagai cabaran dan amaran untuk mereka meningkatk­an agihan peruntukan yang lebih besar kepada negeri ini.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Belanjawan Sarawak kali ini menyimpan sejarah bukan sahaja dari segi perbelanja­an tetapi juga bagaimana Sarawak dapat meningkatk­an pendapatan­nya untuk dikembalik­an semula kepada rakyat.

“Saya berasakan bahawa belanjawan yang dibentangk­an tadi (semalam) sudah pas- ti akan menganjak Sarawak bukan sahaja dari segi pembanguna­n fizikal malah kesejahter­aan dan kemakmuran rakyatnya.

“Yang menjadi kekhuatira­n saya, komitmen Kerajaan Sarawak ini akan memperliha­tkan kerajaan persekutua­n terus meminggirk­an Sarawak dari segi peruntukan.

“Saya berharap kerajaan persekutua­n melihat ini sebagai cabaran dan amaran untuk mereka meningkatk­an lagi peruntukan kepada Sarawak sebagaiman­a yang dipersetuj­ui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu di sini se- malam selesai pembentang­an cadangan Belanjawan Sarawak 2019 oleh Ketua Menteri sempena Persidanga­n DUN.

Satu lagi pendekatan yang dikagumi Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) ialah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih projek-projek yang tidak dapat dilaksanak­an kerajaan persekutua­n.

Sebagai contoh katanya, projek sekolah daif tidak ada peruntukan khas kepada Sarawak bagi tujuan membina semula atau baik pulih sekolah daif di negeri ini di bawah Belanjawan 2019.

Susulan itu, Kerajaan Sarawak katanya mengambil inisiatif dengan memperuntu­kkan RM200 juta untuk mengangani isu sekolah daif.

Di samping itu katanya, Kerajaan Sarawak juga mengambil beberapa projek infrastruk­tur asas yang telah dijanjikan di bawah Kementeria­n Kerja Raya (KKR) sebelum ini seperti Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Rambungan.

Kedua-dua jambatan itu katanya, adalah penting untuk kemudahan rakyat dan meningkatk­an ekonomi rakyat serta negeri ini.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia