Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiktira­fan BeSS amat penting kerana beri jaminan terhadap kualiti penyediaan makanan kepada pelanggan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pengusaha premis makanan digalakkan mendapatka­n pengiktira­fan ‘Bersih, Selamat dan Sihat’ (BeSS).

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak (Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan) Mohd Jefri Crossley berkata pengiktira­fan BeSS amat penting kerana ia memberi jaminan terhadap kualiti penyediaan makanan kepada pelanggan.

Jelas beliau, pengiktira­fan BeSS yang dikeluarka­n oleh Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan melibatkan dua komponen iaitu keselamata­n dan kualiti makanan serta komponen pemakanan.

“Bagi mendapatka­n pengiktira­fan ini, pengusaha premis makanan perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

“Kriteria utama yang harus dipatuhi oleh pengusaha premis makanan ialah mengekalka­n premis yang bersih dan menyediaka­n makanan yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Sijil BeSS

Mohd Jefri Crossley Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak (Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan)

2018 kepada pengusahap­engusaha premis makanan di sini, semalam.

Menurut Mohd Jefri, pada masa ini kesedaran pengusaha premis makanan di Sarawak untuk mendapatka­n pengiktira­fan BeSS masih pada tahap rendah.

Katanya setakat ini, hanya 477 premis makanan di seluruh Sarawak telah mendapat pengiktira­fan BeSS yang masih sah.

Pengiktira­fan BeSS mula diperkenal­kan pada 2013 dan diberikan secara percuma kepada pemilik premis yang layak dan berminat memohon.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Mohd Jefri (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan penerima sijil BeSS 2018 di Kuching semalam.
UNTUK ALBUM: Mohd Jefri (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan penerima sijil BeSS 2018 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia