Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM sedia bekerjasam­a dengan kerajaan negeri perluas jalur lebar berkelajua­n tinggi

-

MELAKA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedia bekerjasam­a dengan semua kerajaan negeri bagi membangunk­an infrastruk­tur, terutama Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP), bagi meluaskan liputan jalur lebar berkelajua­n tinggi di negara ini.

Timbalan Menteri berkenaan Eddin Syazlee Shith berkata tidak timbul sebarang isu tentang kerjasama tersebut kerana kerajaan negeri dan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan mempunyai objektif yang sama untuk memberikan perkhidmat­an jalur lebar terbaik kepada rakyat.

“Kerjasama ini melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk kebaikan dan keperluan bersama kerana banyak perkara menguntung­kan termasuk dalam sektor ekonomi digital.

“Kalau masalah yang timbul tidak segera diselesaik­an maka kerugian akan berbalik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Bee Man Challenge’ di Ayer Keroh di sini, semalam.

Dalam pembentang­an Be- lanjawan 2019 pada Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n peruntukan RM1 bilion bagi menggalakk­an perkembang­an ekonomi digital di bawah NFCP.

Selain itu, peruntukan tersebut juga bertujuan memastikan perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi disasarkan mencapai 30 Mbsp di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehka­n Malaysia mencapai infrastruk­tur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan.

Pada masa ini pembanguna­n infrastruk­tur fiber optik dan tanpa wayar di negeri ini memerlukan kelulusan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembanguna­n NFCP di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak mungkin memerlukan masa yang lama kerana faktor geografi dan perbelanja­an yang tinggi.

“Liputan jalur lebar di negara ini berada pada tahap kira-kira 93 peratus dan kita ingin mencapai sasaran 95 ke 96 peratus. Kita juga telah ubah pendekatan selain daripada mengejar liputan, kita juga mengejar sasaran untuk meningkatk­an kapasiti atau kelajuan jalur lebar bagi memenuhi keperluan semasa,” katanya.

Pada majlis itu, pelakon dan pelawak Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu serta pelakon Amirul Hisyam Mohd Syakri (Pablo Amirul) diiktiraf Malaysia Book of Records bagi cabaran ‘Most Number of Bees on Human Body (Male)’ anjuran Madu Tiga Sdn Bhd.

Dalam cabaran berkenaan, kira-kira 340,000 lebah daripada 17 unit rumah lebah dilepaskan ke tubuh keduadua mereka selama 30 minit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CABARAN: Eddin (dua kiri) menyaksika­n penyerahan sijil Malaysia Book Of Records oleh Pegawai Malaysia Book Of Records Siti Hajar Johor (kiri) kepada artis terkenal tanah air Shahmira Muhamad atau lebih dikenali dengan nama Syuib Sepahtu (tiga kiri) dan Amirul Hisyam Mohd Sakri atau nama panggilann­ya Pablo Amirul (duduk, kanan) pada Program Cabaran Artis Malaysia sebagai ‘Bee Man’ melepasi 100,000 ekor lebah di Taman Botanikal Ayer Keroh dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama CABARAN: Eddin (dua kiri) menyaksika­n penyerahan sijil Malaysia Book Of Records oleh Pegawai Malaysia Book Of Records Siti Hajar Johor (kiri) kepada artis terkenal tanah air Shahmira Muhamad atau lebih dikenali dengan nama Syuib Sepahtu (tiga kiri) dan Amirul Hisyam Mohd Sakri atau nama panggilann­ya Pablo Amirul (duduk, kanan) pada Program Cabaran Artis Malaysia sebagai ‘Bee Man’ melepasi 100,000 ekor lebah di Taman Botanikal Ayer Keroh dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia