Utusan Borneo (Sarawak)

Satu lagi laluan unik yang diterajui AirAsia, kukuh hubungan ASEAN

-

KUALA LUMPUR: AirAsia kini menjadi syarikat penerbanga­n pertama yang menghubung­kan Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam.

Ketibaan penerbanga­n sulung Kuala Lumpur ke Phu Quoc baru- baru ini terus mengukuhka­n hubungan ASEAN syarikat penerbanga­n tersebut.

Penerbanga­n AirAsia AK545, yang dikendalik­an dengan pesawat Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 12.50 tengah hari dengan faktor muatan penumpang sebanyak 90 peratus dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phu Quoc pada jam 1.35 petang.

Para tetamu yang menaiki penerbanga­n sulung tersebut disambut oleh Naib Pengerusi Jawatankua­sa Rakyat Phu Quoc Pham Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan setibanya di destinasi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya berbangga menjadi syarikat penerbanga­n pertama yang menghubung­kan Malaysia dengan Phu Quoc, satu lagi laluan unik yang diterajui oleh AirAsia.

“Destinasi ini mempunyai sambutan yang menggalakk­an dan kami berharap perkhidmat­an terus ini, seiring dengan dasar bebas visa Phu Quoc, akan meningkatk­an ketibaan pelancong asing ke pulau itu dan menjana resit pelanconga­n,” katanya.

AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc sebanyak empat kali seminggu. Para tetamu yang terbang dari negara lain dalam rangkaian AirAsia seperti China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand dan Singapura juga boleh menghubung­kan penerbanga­n mereka secara lancar ke Phu Quoc dengan perkhidmat­an transit Fly- Thru melalui Kuala Lumpur.

Pelancong dari mana-mana negara boleh melawat Phu Quoc tanpa visa sehingga 30 hari.

Phu Quoc adalah laluan kelima AirAsia Malaysia ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam - Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/ AirAsia).

 ??  ?? PENERBANGA­N SULUNG: (Dari lapan kiri) Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Dato Fam Lee Ee, Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan menyambut penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam.
PENERBANGA­N SULUNG: (Dari lapan kiri) Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Dato Fam Lee Ee, Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan menyambut penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia