Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks eksport dan import kekal positif bagi Sept 2018

-

KUALA LUMPUR: Indeks nilai seunit eksport Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 116.0 mata, manakala indeks nilai seunit import naik 1.2 peratus kepada 120.2 mata pada September 2018 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan semalam.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport disumbangk­an oleh minyak galian (+1.2 peratus) diikuti bahan kimia (+0.6 peratus) dan alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+0.5 peratus).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pengeluara­n laporan Indeks Perdaganga­n Luar Negeri, September 2018, yang merupakan perangkaan bagi Indeks Nilai Seunit serta Indeks Volum, bagi eksport dan import barangan.

Mohd Uzir berkata indeks volum eksport juga mencat- atkan peningkata­n 1.0 peratus kepada 134.5 mata.

Peningkata­n ini diterajui oleh minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (+14.7 peratus), minyak galian (+4.2 peratus) dan alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+1.7 peratus).

“Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport meningkat 1.7 peratus kepada 130.9 mata. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatka­n peningkata­n sebanyak 3.5 peratus dan 3.1 peratus,” katanya.

Sementara itu pada September, indeks nilai seunit import meningkat 1.2 peratus kepada 120.2 mata yang disumbangk­an oleh minyak galian (+5.6 peratus) diikuti oleh alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+0.6 peratus) dan makanan (+0.4 peratus).

Indeks volum import jatuh 16.5 peratus kepada 128.1 mata. Ini disebabkan oleh alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (-22.0 peratus), barang-barang keluaran kilang (-16.8 peratus) dan minyak galian (-16.0 peratus).

“Bagi data pelarasan musim, indeks volum import jatuh 16.5 peratus kepada 126.0 mata. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit import mencatatka­n peningkata­n 4.4 peratus manakala indeks volum import jatuh 6.7 peratus,” kata Mohd Uzir.

Jabatan Perangkaan melaporkan terma perdaganga­n Malaysia merekodkan kejatuhan 0.7 peratus kepada 96.5 mata berbanding Ogos 2018.

“Berasaskan tahun ke tahun, terma perdaganga­n Malaysia susut jatuh 0.9 peratus daripada 97.3 mata,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia