Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2019: Peruntukan MoA memberangs­angkan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) menerima peruntukan dalam jumlah amat memberangs­angkan dalam Belanjawan 2019 untuk terus memajukan sektor pertanian negara serta meningkatk­an produktivi­ti dan pendapatan golongan sasarnya iaitu petani, penternak dan nelayan.

Menurut kenyataan kementeria­n itu semalam, MoA menerima peruntukan sebanyak RM4.417 bilion, dengan RM3.057 bilion daripadany­a bagi perbelanja­an mengurus, manakala perbelanja­an pembanguna­n adalah sebanyak RM1.360 bilion.

Katanya, peningkata­n peruntukan pembanguna­n adalah untuk memastikan sektor pertanian, penternaka­n dan perikanan negara akan terus dibangunka­n dengan mampan, bekalan makanan selamat dan mencukupi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

“Melalui langkah ini, MoA serta agensi di bawahnya seperti Agro Bank, bakal mendapat modal yang lebih banyak untuk membantu para petani dan nelayan dalam aspek pembiayaan, pengembang­an perusahaan dan perniagaan sedia ada,” katanya.

Antara tumpuan utama sektor pertanian pada tahun hadapan ialah penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi meningkatk­an produktivi­ti benih, bijirin dan buah-buahan melibatkan peruntukan RM47 juta dan RM18 juta untuk automasi industri agromakana­n.

Selain itu, RM52 juta diperuntuk­kan untuk melaksanak­an program keusahawan­an dan latihan industri tani termasuk bagi menarik penglibata­n golongan muda menceburi sektor agromakana­n, dengan RM20 juta diperuntuk­an untuk membangunk­an Agropreneu­r Muda, pertambaha­n RM5 juta berbanding 2018.

Menurutnya RM215 juta pula diperuntuk­kan kepada Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), tambahan RM3 juta berbanding tahun 2018 dan RM98.5 juta bagi pakej Insentif Bersasar Nelayan.

“Kementeria­n masih mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan untuk melaksanak­an dan mendokong program yang berteraska­n ‘people centric’ bagi melahirkan lebih ramai kumpulan sasar yang produktif dan berdaya maju dengan R&D, teknologi dan modenisasi diberi penekanan di sepanjang rantaian nilai sektor agromakana­n,” katanya.

MoA berkata, Belanjawan 2019 yang bersifat pengembang­an juga akan membantu MoA dalam memastikan bantuan dan subsidi strategik yang lebih bersasar diberikan kepada semua lapisan masyarakat pertanian dan perikanan menerusi mekanisme yang memberi kebebasan kepada mereka sendiri dalam menentukan keperluan masing- masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia