Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun tawar jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen dalam tempoh 10 tahun

-

TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menzahirka­n ucapan terima kasih kepada rakan sejawatann­ya dari Jepun, Shinzo Abe dan kerajaanny­a membantu meringanka­n masalah kewangan Malaysia.

Dr Mahathir yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara itu bermula kelmarin, turut menghargai sikap positif Abe serta kerajaan yang prihatin terhadap kekangan kewangan Malaysia dengan mengambil tindakan sewajarnya.

“Perdana Menteri Abe turut memberi jaminan mengenai kesediaan Jepun untuk menimbang permintaan Malaysia sekiranya kita berhasrat mendapatka­n bantuan negara itu pada masa depan,” katanya pada sidang media bersama dengan Abe, di sini, semalam.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Jepun bagi tawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Pada pembentang­an Belanjawan 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran itu dibuat berikutan keyakinan kerajaan Jepun terhadap pentadbira­n dan kepimpinan Dr Mahathir.

Penerbitan bon dalam denominasi yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of Internatio­nal Cooperatio­n pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus dan dijangka diterbitka­n sebelum Mac tahun depan.

Dalam reaksi segera susulan pembentang­an belanjawan itu, Dr Mahathir berkata bon berkenaan akan digunakan untuk melunaskan beberapa pinjaman besar yang diambil kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir kini dalam hari kedua lawatan ketiga beliau selepas menjadi perdana menteri Malaysia bagi kali kedua susulan Pilihan Raya Umum Ke- 14 pada 9 Mei.

Lawatan pertama beliau adalah pada Jun dan kedua pada Ogos lepas.

Sementara itu, Abe berkata pinjaman kredit yen itu berkemungk­inan boleh dilaksanak­an dengan tumpuan terhadap aspek pengangkut­an, pendidikan dan pembanguna­n modal insan.

Malah, sebagai susulan, sekumpulan pakar daripada syarikat rel Jepun akan ke Malaysia pada akhir bulan ini bagi meneliti objektif berkaitan.

Menurutnya, ini penting kerana rangkaian pengangkut­an yang komprehens­if sememangny­a diperlukan, terutama membabitka­n pengangkut­an penumpang serta kargo.

“Saya maklumkan kepada Dr Mahathir bahawa Jepun akan melakukan kajian dengan kemungkina­n untuk melanjutka­n pinjaman yen membabitka­n tumpuan ke atas pengangkut­an, pendidikan dan pembanguna­n modal insan.

“Saya berharap kajian ini ( pada akhirnya) akan disusuli dengan kerjasama konkrit di masa depan,” katanya.

Malaysia telah menyuaraka­n hasrat untuk mendapatka­n pinjaman yen itu sewaktu pertemuan pertama Dr Mahathir dengan Abe pada Jun lepas dalam usaha menangani hutang kerajaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARGAI JEPUN: Dr Mahathir (kiri) ketika mengadakan sidang media bersama dengan rakan sejawatnya Abe selepas mesyuarat dua hala di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo, semalam.
— Gambar Bernama HARGAI JEPUN: Dr Mahathir (kiri) ketika mengadakan sidang media bersama dengan rakan sejawatnya Abe selepas mesyuarat dua hala di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia