Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan awam, NGO kepada pesakit talasemia dihargai

-

KOTA KINABALU: Usaha orang perseorang­an dan badan bukan kerajaan (NGO) menyumbang­kan peralatan mesin untuk kanak-kanak pesakit talasemia amat dialu-alukan.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Tan Bee Hwai berkata, sumbangan yang diberikan mampu menambah baik perkhidmat­an rawatan harian bagi pesakit talasemia terutamany­a pesakit kanak-kanak di hospital itu.

“Penjagaan dan naik taraf kualiti hidup sudah tentu dapat dipertingk­atkan dengan adanya sumbangan mesin yang dapat membantu para pesakit talasemia di hospital ini.

“Bagaimanap­un, peralatan yang digunakan oleh pesakit talasemia memerlukan alat ganti yang berterusan disebabkan jangka hayat mesin yang hanya boleh bertahan lima sehingga 10 tahun, bergantung pada jenis model dan inilah cabaran yang perlu dilalui oleh pesakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Antarabang­sa Malaysia Datuk Susan Chang Huan Soon yang menyumbang­kan tiga unit mesin desferal kepada pesakit talasemia di Unit Rawatan Harian Talasemia, Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Sabah.

Turut serta memberi dua lagi sumbangan mesin adalah Penasihat Syarikat North Borneo Logistics Sdn Bhd Mathew Lo Shin Kiet serta Pengarah Serantau Maybank Sabah dan Labuan Liew Kui Choi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia