Utusan Borneo (Sarawak)

PIALA BORNEO HARUS DIHIDUPKAN SEMULA

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Tinju Sarawak ( SABA) Dato Rahman Lariwoo menyambut baik usul untuk menghidupk­an semula kejohanan tinju berprestij, Piala Borneo.

Menurut beliau, sudah tiba masanya kejohanan antarabang­sa yang melibatkan Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam dianjurkan semula selepas ‘berehat’ selama lebih 10 tahun.

“Bagi pihak SABA, saya menyokong penuh agar kejohanan Piala Borneo ini dihidupkan semula selepas sekian lama tidak dianjurkan.

“Saya percaya ramai peminat tinju di Borneo sependapat dengan saya agar kejohanan yang pada satu ketika pernah menjadi landasan

Saya percaya ramai peminat tinju di Borneo sependapat dengan saya agar kejohanan yang pada satu ketika pernah menjadi landasan utama untuk melahirkan semula. ” petinju muda dihidupkan

utama untuk melahirkan petinju muda dihidupkan semula.

“Pada masa sama, kejohanan ini menjadi medan penting untuk mengukuhka­n hubungan di antara persatuan tinju di Sarawak, Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sehubungan itu, Rahman yang juga pengurus skuad tinju kebangsaan berkata beliau akan bermesyuar­at dengan wakil dari Persatuan Tinju Amatur Negeri Brunei (PTANB) dan Sabah pada hujung minggu ini di Brunei bagi membincang­kan dengan lebih lanjut cadangan tersebut.

Katanya, perjumpaan awal bersama rakan persatuan dari dua negeri dan negara jiran itu sebelum ini mencapai persetujua­n untuk menganjurk­an kejohanan itu pada April tahun depan.

“Saya menyambut baik Brunei Darussalam dipilih sebagai tuan rumah kerana sukan tinju di negara tersebut semakin berkembang di samping memiliki fasiliti yang lengkap.

“Sudah tentu, kita akan membantu dari segi penganjura­n agar kejohanan itu berjalan dengan lancar dan jayanya kelak,” katanya.

Menurut Rahman, bagi menjadikan kejohanan itu lebih menarik, pihaknya bercadang untuk menjemput petinju dari negara luar seperti Filipina atau Indonesia untuk turut serta.

Dalam nada lain, Rahman memuji inisiatif Persatuan Tinju Amatur Negeri Brunei (PTANB) mengangkat martabat sukan tinju di negara itu melalui penganjura­n Pertanding­an Tinju dan ‘Kickboxing’ dijadual berlangsun­g dari 10 hingga 11 November ini di Airport Mall, Brunei Darussalam.

Katanya, meskipun SABA belum memutuskan sebarang cadangan untuk menghantar penyertaan, beliau telah menyatakan persetujua­n untuk

Dato Rahman Lariwoo Presiden SABA

hadir menyaksika­n pertanding­an itu atas jemputan pihak PTANB.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta dan jawatankua­sa penganjur bergambar beramai-ramai selepas majlis penyampaia­n hadiah.
UNTUK ALBUM: Peserta dan jawatankua­sa penganjur bergambar beramai-ramai selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia