Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK SAWAS AMAT DISYUKURI PENGHUNI LIMA RUMAH PANJANG • HORIZON

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PROJEK Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) berkos RM14 juta untuk lima rumah panjang di Sungai Sigu Pandan, Sebauh disifatkan sebagai pendekatan terbaik yang diusahakan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan luar bandar.

SAWAS merupakan projek di bawah Program Grid Bekalan Air melalui Kementeria­n Utiliti Sarawak serta dalam bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dengan peruntukan pembinaann­ya dianggarka­n RM2.8 bilion di seluruh Sarawak.

Air bersih yang terawat merupakan keperluan penting penduduk bukan sahaja di negeri ini bahkan untuk seluruh penduduk dunia.

Justeru penyediaan kemudahan bekalan air bersih terawat itu amat dihargai dan disyukuri oleh penduduk, sekali gus salah satu daripada impian mereka telah dipenuhi oleh kerajaan Sarawak.

Menyifatka­n inisiatif projek SAWAS itu sebagai amat besar maknanya kepada penduduk luar bandar, Penghulu Banta Baong meluahkan rasa terima kasihnya kepada kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang prihatin terhadap penduduk luar bandar.

Tidak lagi menghadapi masalah seperti sebelumnya untuk mendapat bekalan air bersih terawat selama 24 jam dan berterusan maka kemudahan seumpamany­a itu kini memenuhi keperluan penduduk lima rumah panjang berkenaan.

Bekalan air bersih terawat ini seiring dengan kemudahan yang ada di bandar serta akan saling melengkapi kemudahan asas lain termasuk bekalan elektrik dan yang akan dirancang pelaksanaa­nnya iaitu jalan raya serta telekomuni­kasi.

“Kami berharap kerajaan Sarawak akan meneruskan projek yang amat berguna ini khusus untuk seluruh penduduk di kawasan hulu Sebauh ini. Semasa dilantik pada 4 Oktober 2011 oleh penduduk rumah panjang sebagai tuai rumah, pada masa itu saya telah membuat empat impian iaitu mendapatka­n bekalan elektrik, air bersih seperti SAWAS, jalan dan telekomuni­kasi,” ujarnya.

Setakat ini katanya, dua impian itu telah dipenuhi dan berharap wakil rakyat akan menunaikan dua lagi impian penduduk iaitu pembinaan jalan raya berturap berbanding jalan sedia ada yang sukar dilalui apabila hendak ke bandar dan pembinaan kemudahan menara telekomuni­kasi.

“Minta wakil rakyat berjanji agar dapat menunaikan impian kami,” katanya sambil menambah pihaknya pada masa sama amat menghargai keprihatin­an ketua menteri yang telah melaksanak­an projek kemudahan asas lain sebelum ini antaranya bekalan elektrik.

Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Projek SAWAS Pakej 1 oleh Abang Johari di Rumah (RH) Banta Baong Sungai Sigu Pandan, Sebauh pada 28 Oktober lepas.

Hadir sama Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena (ADUN) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Luar Bandar) Datu Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah JBALB Sarawak Ir Chang Kuet Shian, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat dan Tuai Rumah Nicholas Sandom.

Projek SAWAS Pakej 1 meliputi RH Unchau, RH Banta Baong, RH Sunam Una, RH Kaya Paji dan RH Renang dengan peruntukan RM14 juta bermula pelaksanaa­n pada31 Oktober 2017 dan siap pada 30 Ogos 2018.

Bekalan air bersih dan terawat tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 100 pintu di lima rumah panjang berkenaan.

Adalah menjadi agenda penting kerajaan untuk membekalka­n air bersih dan terawat kepada penduduk negeri ini terutamany­a di luar bandar dan kawasan pedalaman melaluipem­bangunan sumber air lestari.

Perancanga­n alam sekitar, sosial dan ekonomi perlu bersepadu dan bergerak seiring untuk pembanguna­n sumber air lestari.

Sumber air negeri ini perlu dibangunka­n selaras dengan ekosistem semula jadi supaya air, tumbuhan dan kehidupan haiwan tidak dimusnahka­n hanya kerana untuk mendapat keuntungan jangka pendek.

Usaha mewujudkan mekanisme pembanguna­n sumber air lestari bagi pelaksanaa­n program grid air negeri perlu diperkukuh­kan dengan sumber manusia, kewangan dan teknikal terbaik.

Program Grid Bekalan Air Sarawak bertujuan untuk menyelesai­kan isu bekalan air secara berkesan dan efektif menjelang tahun 2025.

Program tersebut adalah satu matlamat dalam pembanguna­n mampan iaitu akses sejagat penduduk kepada air untuk diminum yang selamat, menyelesai masalah sosial dan ekonomi mendesak di luar bandar serta kawasan pedalaman Sarawak.

Isu bekalan air di bawah bidang kuasa JBALB untuk program Grid Bekalan Air ini akan memberi fokus terlebih dahulu kepada kawasan-kawasan yang kritikal.

Peruntukan RM2.8 bilion diberikan untuk pelaksanaa­n projek sumber air mentah, loji rawatan, sistem agihan, kerja menambah baik, penukaran paip serta inisiatif pemodenan dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak. JBALB akan melaksana semua projek secara serentak pada Januari 2019.

Sebanyak 251 projek telah dikenal pasti untuk dilaksanak­an dan siap dalam tempoh dua tahun akan datang iaitu menjelang tahun 2020.

Pelaksanaa­n 251 projek bekalan air diharap akan memberi keutamaan kepada kontraktor dan pembekal bahan tempatan Sarawak agar memberi kesan positif kepada ekonomi domestik termasuk projek SAWAS.

Projek SAWAS ini amat penting untuk memastikan visi Sarawak mencapai 100 peratus liputan bekalan air pada tahun 2025.

SAWAS merupakan sistem bekalan air paling strategik yang berupaya menyediaka­n air bersih kepada penduduk luar bandar terjejas kerana tidak mempunyai saluran paip bekalan air.

Sistem yang diguna pakai dalam Projek SAWAS amat bersesuaia­n dengan keadaan muka bumi di kawasan terlibat dan pada masa ini liputan bekalan air di kawasan luar bandar adalah 61 peratus dan terdapat keperluan segera untuk menyediaka­n serta membekal bekalan air kepada 39 peratus penduduk luar bandar yang mewakili 114,000 isi rumah.

Lima projek atau pakej perintis untuk Projek SAWAS telah dilaksanak­an dengan melibatkan peruntukan RM50 juta iaitu Pakej 1 merangkumi RH Unchau, RH Banta Baong,

RH Sunam Una, RH Kaya Paji dan RH Renang di Bintulu, Pakej 2 untuk Long Seridan dan Long Peluan di Miri termasuk Kalampun di Limbang, Pakej 3 meliputi RH Untat Sungai Melipis di Kapit, RH Ninting Nanga Jambu di Lubok Antu dan Kampung Belantak di Limbang.

Pakej 4 melibatkan Kampung Semah di Daro, Mukah dan Pakej 5 melibatkan Kampung Penasu, Muara Lebaan, RH Chochok, RH Manggong, RH Amoi dan RH Minang di Daro Mukah.

Kesemua projek perintis ini telah bermula pada tahun 2017 dan siap tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Banta. Abang Johari bersama Dr Rundi dan rombongan bersalaman dengan penduduk di RH
MESRA: Banta. Abang Johari bersama Dr Rundi dan rombongan bersalaman dengan penduduk di RH
 ??  ?? BANTA
BANTA
 ??  ?? BERI TUMPUAN: Sebahagian penduduk yang hadir semasa pelancaran Projek SAWAS Pakej 1 di RH Banta.
BERI TUMPUAN: Sebahagian penduduk yang hadir semasa pelancaran Projek SAWAS Pakej 1 di RH Banta.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Ketibaan Abang Johari yang diiringi Dr Rundi serta rombongan lain disambut mesra oleh penduduk RH Banta.
SELAMAT DATANG: Ketibaan Abang Johari yang diiringi Dr Rundi serta rombongan lain disambut mesra oleh penduduk RH Banta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia