Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Noda Urut patahkan operasi premis urut gaji pekerja asing

-

BINTULU: Sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu telah membuat satu serbuan dalam Ops Noda Urut ke atas sebuah premis urut pada jam 9 malam Isnin lepas di kawasan komersial Jalan Tanjung Batu di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, semasa serbuan dibuat pihak polis mendapati seorang lelaki sedang mendapatka­n perkhidmat­an urutan daripada seorang perempuan disyaki bekerja di premis terbabit.

Beliau berkata, pihak polis kemudianny­a membuat pemeriksaa­n lanjut dan mendapati dua lagi perempuan warganegar­a asing disyaki bekerja di premis tersebut termasuk penjaga kaunter.

“Semakan ke atas pasport pekerja urut itu didapati tiada sebarang dokumen sah bekerja atau permit untuk bekerja didaftarka­n,” ujarnya dalam kenyataan media di sini semalam.

Justeru katanya, pihak polis telah menahan suspeksusp­ek terbabit di bawah Seksyen 39( b) PeraturanP­eraturan Imigresen 1963 manakala penjaga kaunter premis berkenaan ditahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, pelanggan lelaki tempatan dibebas dengan jaminan polis setelah diambil keterangan manakala para pekerja premis urut tersebut pula ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Bagi kesalahan mereka yang bekerja tanpa permit yang sah jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Manakala jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 katanya, suspek boleh didenda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua- duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.

 ??  ?? OPS NODA URUT: Serbuan oleh pihak polis ke atas premis urut di Tanjung Batu pada malam Isnin lepas.
OPS NODA URUT: Serbuan oleh pihak polis ke atas premis urut di Tanjung Batu pada malam Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia