Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh jejas laluan ke SMK Katibas

Kejadian di Kilometer 15, Jalan Takan dipercayai akibat hujan lebat sejak pagi semalam

- Oleh Michael Ubam

SONG: Laluan penduduk dan kenderaan awam terhalang sepanjang 15 meter apabila kejadian tanah runtuh berlaku di lereng bukit di Kilometer 15, Jalan Takan-SMK Katibas awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian berkata, kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 8.30 pagi semalam telah menyebabka­n timbunan tanah dan pokok menghalang kenderaan awam untuk melalui jalan menuju ke SMK Kabitas.

“Pihak polis IPD Song serta pasukan Bomba dan Penyelamat Song telah bertindak dan pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaa­n pada jam 9.20 pagi,” ujarnya.

Menurut Balie, kerja-kerja pembersiha­n jalan telah dilakukan pasukan bomba menggunaka­n cangkul dan pencedok untuk mengorek dan membuang tanah.

Beliau menjangkak­an kerjakerja pembersiha­n jalan akan dapat dilaksanak­an dan selesai sehingga jentolak tiba selewatlew­atnya esok.

“Kerja-kerja pembersiha­n jalan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah ini yang dijangka menggunaka­n jentolak untuk mengorek dan mem- buang tanah yang menutup jalan di situ,” katanya.

Katanya lagi, JKR dan kontraktor penyelengg­araan jalan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Difahamkan, cuaca hujan lebat sejak awal pagi merupakan punca utama menyebabka­n kejadian tanah runtuh yang menutup jalan akses sepanjang 15 meter.

Kejadian itu bagaimanap­un tidak melibatkan sebarang kemalangan mahupun kecederaan, kata Balie.

Pihak polis IPD Song serta pasukan Bomba dan Penyelamat Song telah bertindak dan pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaa­n pada jam 9.20 pagi. ASP Balie Jelian Pemangku Ketua Polis Daerah Song

 ??  ?? DISEGERAKA­N: Anggota BBP Song melakukan pembersiha­n jalan sebelum diserahkan kepada pihak JKR pagi semalam.
DISEGERAKA­N: Anggota BBP Song melakukan pembersiha­n jalan sebelum diserahkan kepada pihak JKR pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia